Categories: Tips

10 Kata-Kata Motivasi Dato’ Fazley

Sebelum bergelar Selebriti Chef, penyanyi dan pelakon, Dato’ Fazley juga terkenal dengan aktiviti-aktiviti motivasinya. Bahkan, personaliti ini pernah menghasilkan buku motivasi berjudul ‘Motivasi Santai #Harian’ pada 2013. Dato’ Fazley berkongsi 10 kata-kata motivasi dan nasihat untuk menyuntik semangat semua!

1) Kadang-kadang kita gagal menilai kelemahan diri, namun terlalu hebat mengkritik kesilapan orang lain. Jika orang lain tidak sempurna apatah lagi kita.

2) Jika ada orang yang tidak menyukai kita, jangan ambik peduli. Ia hanya menambah perit hati yang memang sudah sakit. Abaikan sahaja. Life goes on!

3) Hidup memang banyak masalah, namun jangan jadikan ianya alasan untuk sering cari pasal dengan org lain. Jangan murung tak bertempat atau moody.

4) Hidup adalah soal belajar untuk merancang, mendisiplinkan diri untuk ikut perancangan dan jangan cepat bosan apabila sudah mengikut perancangan.

5) Teruk diduga atau berhadapan dengan dugaan? Jangan lupa, Allah hanya memberikan dugaan yang Dia tahu kita mampu pikul, bersabarlah!

6) Jangan mengharap apa yang bakal orang berikan kepada kita, tetapi jadilah orang yang sentiasa memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

7) Kadangkala kita merasakan diri kita kacak/cantik apabila melihat cermin, namun ada orang yang akan buat kita tiba-tiba berasa hodoh! ABAIKAN!

8) Jiwa kacau seringkali berpunca kerana kita memikirkan perkara yang remeh atau terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir tentang kita. PEDULIKAN!

9) Apabila apa yang anda rancangkan kerap tidak menjadi, itu tidak bermakna anda seorang yang gagal, tetapi anda cuma belum jumpa cara yang betul.

10) Amat mudah kita mentertawakan orang lain, namun kita marah apabila ditertawakan. Maka, ketawalah hanya bila ia tidak menyakiti orang lain.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops