Categories: Gaya Hidup

Nak Kuruskan Badan? Makan 9 Buah-Buahan Ini

Diet! Diet! Diet! Tapi sejauh mana cara anda berdiet itu kena pada caranya? Ada amalkan pengambilan buah-buahan setiap hari? Selain kaya dengan pelbagai khasiat, sesetengah buah memang bagus untuk membantu mengurangkan berat badan.

Buah yang kaya dengan serat serta mengandungi vitamin C merupakan jenis buah yang sangat disarankan ketika anda sedang berusaha mendapatkan bentuk badan menawan. Berikut adalah buah-buahan yang mesti anda ambil :-

1) Epal

Kandungan vitamin pada buah epal seperti vitamin A, B dan C serta serat sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan sehingga mampu membantu menurunkan berat badan. Bagaimanapun pengambilannya dalam diet harian mestilah mengikut kuantiti yang betul. Jangan melebihi 4 biji setiap sehari.

2) Tembikai Susu / Melon

Buah tembikai susu memiliki kandungan kadar air yang tinggi, kandungan air yang terdapat pada buah tembikai susu mampu membuat perut terasa lebih kenyang. Malah, ia juga membantu proses pencernaan menjadi lebih lancar.

3) Kiwi

Buah kiwi kaya dengan vitamin C yang dapat membantu proses pembakaran lemak di tubuh menjadi lebih cepat. Selain vitamin C, buah kiwi ini juga mengandungi serat yang cukup tinggi. Jika diamalkan dalam diet harian, buah kiwi mampu mengawal nafsu makan.

4) Betik

Antara khasiat betik yang cukup diketahui ramai ialah ia membantu melancarkan pencernaan. Ini bermakna, ia sangat bagus untuk diet kerana ia menghalang pengumpulan makanan sehingga bertukar menjadi lemak. Dek kerana itulah buah betik sangat disarankan agar program diet anda berhasil.

5) Lemon

Bagi yang sedang mengikuti program menurunkan berat badan, ambil jus perahan lemon sebanyak 3 kali sehari. Sukatannya, tiga sudu besar jus lemon dicampur dengan dua sudu besar madu dalam segelas air suam. Kandungan yang terdapat pada jus lemon membantu tubuh untuk lebih cepat memproses dan menyingkirkan lemak dalam badan.

6) Tembikai

Tembikai kaya dengan vitamin A dan Vitamin C. Selain itu, ia juga memiliki kandungan serat yang tinggi. Menikmati buah tembikai dalam diet harian boleh membuatkan perut cepat kenyang serta kenyang lebih lama. Tembikai juga melancarkan sistem penghadaman.

7) Strawberi

Memang buah ini mahal berbanding buah-buah yang lain. Tetapi strawberi sangat bagus untuk diet. Ia mendorong dan meningkatkan proses pembakaran lemak di dalam dalam tubuh badan. Ini membuatkan anda mudah mendapatkan berat badan idaman.

8) Nanas

Nanas bebas kolesterol dan lemak. Selain itu, nanas juga kaya dengan kandungan antioksidan, mineral, vitamin, serat, dan lain-lain khasiat. Jika perut terasa lapar di luar waktu makan, boleh makan nanas kerana ia membuatkan perut cepat kenyang memandangkan kandungannya terdiri daripada 85 peratus air.

9) Pir

Mengandungi serat yang cukup tinggi. Selain mengenyangkan, pir juga mampu meningkatkan metabolisme badan serta menurunkan kadar kolesterol kerana ia kaya dengan potassium. Sebaik-baiknya jangan dikupas kulit pir kerana di situlah terletaknya kandungan serat paling tinggi.

Ad Ops