Categories: TECHTech News

SAMSUNG TAWAR HADIAH PERCUMA

Sempena pelancaran Samsung Galaxy A8 dan A8 + baru-baru ini, Samsung Malaysia Electronics menjemput orang ramai mengambil bahagian dalam ‘Samsung Galaxy A8 dan A8+ Consumer Roadshow Promotion’. 

Menerusi kempen #Makeyourmoment bermula dari 7 Februari hingga 4 Mac 2018, 100 pengguna pertama yang membeli satu (1) unit Samsung Galaxy A8 atau A8 + dalam satu resit tunggal berhak membawa  pulang sebuah ‘backpack’ anti theft. Wow, menarik kan? 

Dengan ‘backpack’ begini boleh lah korang berjalan lenggang tanpa perlu bimbang di seluk pencuri kerana semua barang disimpan dengan selamat! Bahkan, tangan korang bebas melakukan apa sahaja termasuk menangkap gambar dengan telefon yang baharu dibeli. Bolehlah upload banyak gambar dalam laman sosial ya tak?

Pembeli harus ingat hadiah percuma ini perlu  ditebus pada hari pembelian selagi stok masih ada kerana ia terhad kepada 100 orang sahaja. Buatnya leka dan lambat tebus melepas pulak sebab stok dah habis… melepas nanti!

So guys, yang memang suka dengan koleksi ‘backpack” bolehlah rebut peluang ini sebelum tempoh kempen tamat pada 4 Mac depan.

Berikut lokasi kempen jelajah yang di adakan seluruh Negara:

  • 7 hingga 11 Februari 2018- SUNWAY PYRAMID (Blue Concourse)
  • 21 – 25 Februari  2018 – MID VALLEY (East Atrium)
  • 1 – 4 Mac 2018 – East Coast Mall (Walkaway Zone 2).

Apa lagi…  jom ke Sunway Pyramid minggu ini dan jangan lupa tandakan kalendar anda jika merancang membeli Samsung Galaxy 8 atau 8 + untuk digayakan pada musim perayaan ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Roadshow Samsung Galaxy A8 dan A8 +, sila layari laman web mereka!

 

SGMS Fas