Categories: TECHTech News

HADIAHKAN OPPO F5 ‘DASHING BLUE’ PIKAT SI DIA

Warna biru selalu dikaitkan dengan alam percintaan.  Barangkali kerana itulah sempena menyambut Hari Kekasih yang jatuh pada 14 Februari ini Oppo Malaysia memperkenalkan edisi khas  terbaharunya dalam rangkaian  telefon pintar OPPO F5 dengan  rona kilauan biru.

Dinamakan “Dashing Blue” warna biru memikat ini memang cukup menawan jika mahu dijadikan hadiah pada yang tersayang. Apatah lagi bagi mereka yang sempat membuat tempahan awal boleh senyum berganda apabila pembelian disertakan dengan casing bertatah kristal Swarovski.

Tetapi dah sama lah pulak dengan OPPO F5 6GB edisi merah terhad yang diperkenalkan oleh artis jelita, Neelofa tahun  lalu. Korang semua pun dah tahu kan …Neelofa kan  ‘gila’ dengan pemakaian  kristal Swarovski.

Tak kisah lah yang pasti memang cantik peranti “OPPOF5 Dashing Blue” ini. 

Semasa majlis pelancarannya yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru in para tamu turut dipertontonkan dengan sebuah filem pendek berjudul ‘Listen to Your Heart” lakonan artis dari Taiwan, Eric Chou bersama selebriti Malaysia Min Chen.

Filem romantik tersebut mengisahkan bagaimana tarikan dan magis yang ada pada OPPO F5 ‘Dashing Blue’ dapat menyatukan sepasang hati.

Alahai… sweet nya… Sudah jelas lagi bersuluh ketrampilan peranti berukuran skrin 6 inchi penuh ini , memberi pengguna keseronokan visual yang jelas. Bahkan keistimewaannya, ia tetap sebuah telefon pintar yang mengekalkan Teknologi Pengiktirafan Kecantikan A.I.  Kerana  ciri itulah yang menjadikan rangkaian OPPO F5  popular di kalangan mereka yang suka berswafoto.

Jadi jika korang sedang mencari hadiah untuk Hari Kekasih nanti,  OPPO F5 ‘Dashing Blue’ ini amat tepat. Tarikh untuk tempahan awal masih dibuka sehingga 10 Februari ini  So cepat-cepatlah tempah dari kedai jualan OPPO atau dalam talian melalui laman  web rasmi OPPO supaya boleh dapat selonsong bertatahkan kristal Swarovski sekali gus ya!

Kekasih gembira hati pun happy kan!

 

 

SGMS Fas