Categories: TECHTech News

Tips Terjemahkan Bahasa Asing Tanpa Perlu Berpindah Aplikasi

Ramai yang suka menggunakan aplikasi terjemahan Google kerana sememangnya diperakui keberkesanannya. Namun adalah sangat leceh sekiranya anda perlu masuk ke pelayar internet semata–mata untuk melakukan proses penterjemahan.

Berikut adalah tips untuk anda optimum kan penggunaan Google Translate, yang mana setiap perkataan atau ayat dalam bahasa asing boleh terus diterjemahkan pada Sebarang aplikasi yang kita gunakan seperti Whatsapp, Telegram dan lain -lain lagi.

Sangat menarik bukan ? Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah – langkah berikut.

Pertama sekali pastikan peranti Android anda sudah memiliki Aplikasi Google Translate terlebih dahulu. Kemudian masuk ke menu Setting dan Pilih Tap To Translate.

 

Setelah fungsi Tap To Transalate diaktifkan, seterusnya tetapkan bahasa harian anda pada menu Preffered Langguage.

 

Sekiranya sudah selesai, maka anda sudah boleh mulakan proses penterjemahan pada bila – bila masa sahaja.

Sebagai contohnya ketika sedang berbual pada aplikasi Whatsapp, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menyalin ayat yang ingin diterjemahkan tersebut dan paparan tetingkap terjemahan Google akan muncul berserta terjemahannya.

Selamat mencuba!

SGMS Putri