Categories: TECH

Water Resistant Atau Waterproof? Cara Kenali Ciri Kalis Air Telefon Anda

Isu kerosakan air bukanlah masalah luar biasa malah sering dialami ramai, jadi adalah bijak untuk mendapatkan telefon pintar yang mampu menghindari masalah ini.

“Telefon pintar rintang air (water resistant) ” membawa maksud telefon pintar yang mampu menahan kemasukan air sehingga kadar tertentu, tetapi bukan sepenuhnya, manakala “kalis air (waterproof)” membawa makna telefon pintar yang boleh menahan kemasukan air tanpa mengira tempoh waktu di dalam air.

Malangnya, kedua-dua frasa ini digunakan sewenang-wenangnya. Pihak Apple mempromosikan iPhone 8 sebagai “telefon pintar rintang air”, sama seperti jenama lain seperti Samsung, Sony dan Huawei (model tertentu), jadi amat penting untuk kita semua memahami perbezaan teknikal untuk kedua-dua frasa ini.

Maksud taraf ‘IP’

Telefon pintar pada masa kini biasanya mempunyai pensijilan di mana ianya menentang unsur-unsur diwakili oleh penarafan seperti IP67 atau IP68.

Tanda IP atau International Protection atau Ingress Protection (bergantung kepada pihak yang memberikan jawapan) biasanya diikuti dua nombor.

Nombor pertama mewakili perlindungan daripada kemasukan pepejal seperti habuk, dan ditentukan dengan nombor dari 0 hingga 6 (semakin tinggi nombornya, semakin bagus kadar perlindungan).

Jika nombor pertama yang dilihat adalah 6, maka telefon pintar itu kedap habuk, dan dilindungi sepenuhnya daripada kemasukan habuk. Penarafan ini amat penting untuk pemgembara pejalan kaki, penunggang basikal bukit atau sesiapa sahaja yang mahu menggunakan telefon pintar mereka dalam persekitaran atau keadaan yang berhabuk.

Nombor kedua pula merujuk kepada perlindungan daripada cecair, dan ditentukan dengan nombor 0 hingga 9 (sama seperti sebelumnya, semakin tinggi nombornya maka semakin bagus kadar perlindungan).

Bolehkah saya berenang dengan telefon pintar saya?

Apple iPhone 8 dan iPhone X misalnya disertakan dengan mempunyai ciri rintang air dengan pensijilan IP67.

 

Ini bermakna bahawa ia benar-benar kedap habuk dan mampu tenggelam di dalam air sehingga 1 meter (kira-kira 3 kaki) selama tempoh 30 minit.

Banyak juga telefon pintar Samsung dan Sony yang mempunyai penarafan IP68. Ini bermakna mereka benar-benar kedap habuk dan mempunyai ciri-ciri rintang air dalam kedalaman antara 1 hingga 3 meter untuk tempoh yang ditentukan oleh pengeluar (biasanya 30 minit).

Berita ini mungkin membuatkan anda rasa seolah-olah anda boleh menggunakan telefon pintar anda di dalam kolam renang untuk mengambil gambar di bawah air, tetapi tiada seorang pengeluar pun akan mencadangkannya.

Ujian makmal sebenar dilakukan ketika telefon pintar berada dalam mod sedia – ini bermaksud mereka tidak digunakan dalam apa cara pun semasa diuji.

Apa yang dimaksudkan juga ialah dengan telefon pintar bertaraf IP67 atau IP68, jika anda ditolak ke dalam kolam dengan telefon pintar anda, ia mungkin berkeadaan baik dan belum risiko untuk mengalami kerosakan adalah rendah.

Selama bertahun-tahun lamanya, saya menggunakan Sony Xperia Z3 yang merupakan salah satu telefon mudah alih yang direka untuk menahan kemasukan air. Walaupun telah jatuh beberapa kali ke dalam air, namun kondisinya tetap baik.

Pertimbangan tambahan

Jika skrin dimasuki air, ia tidak akan bertindak balas seperti biasa kerana air mengalirkan elektrik seperti mana jari anda juga. Inilah sebabnya anda tidak patut menggunakannya di dalam air.

Satu lagi perkara yang perlu diingat adalah jika skrin pada telefon berciri rintang air meretak, penggantiannya mungkin akan memecahkan meterai kilang yang dilindungi, jadi ia tidak lagi mampu menahan air.

SGMS Putri