Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 9, 2023 @ 4:00pm

Terbawa Emosi, Merqeen Depresi Gara-Gara…

Pelakon Meerqeen mendedahkan dirinya kembali depresi demi menjiwai sebuah watak.

Menurut Meerqeen, watak Adi yang dibawakan dalam siri Nenek Bongkok Tiga itu mempunyai kaitan dengan kisah silamnya yang pernah mengalami depresi sewaktu bersekolah dahulu.

“Watak Adi ni bad boy, seorang yang depresi dan tidak happy untuk hidup. Sebagai pelakon saya bersedia dengan apa yang akan datang. Apa yang boleh saya katakan, sedikit sebanyak watak Adi itu adalah karakter saya sendiri.

“Saya boleh rasakan sepanjang perjalanan Adi dalam cerita ni, ada kena mengena dengan kisah silam saya. Jadi saya rasa, ini adalah rezeki saya bila dapat watak adi ni sebab boleh merealisasikan apa yang saya rasa selama ni,” katanya.

Pendedahan itu telah dibuat oleh Meerqeen ketika ditemui di majlis Tayangan Perdana dan Sidang Media Nenek Bongkok Tiga, malam tadi.

Tambah Meerqeen, emosinya terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi penggambaran selama empat bulan sepanjang menjayakan watak tersebut.

“Sebenarnya sepanjang empat bulan sangat-sangat berbeza antara watak adi dan saya sendiri. Sejujurnya depresi tu datang balik bila saya bawa watak Adi.

“Walaupun rasa depresi tu dah lama hilang, tapi untuk mendapatkan watak ini saya kena beri 200 peratus dari orang lain. Bagi saya, kalau saya buat 100 peratus pun rasa macam 50 peratus je.

“So dalam empat bulan tu saya terbawa-bawa karakter itu. Balik rumah pun depress sebab tu juga lepas Nenek Bongkok Tiga ni saya terus warnakan rambut sebab saya tak boleh tengok diri saya bila nampak Adi tu dekat dalam cermin,” jelasnya.

Mengakui wataknya menerusi drama tersebut paling mencabar setakat ini, Meerqeen bagaimanapun meluahkan rasa berpuas hati menjayakan lakonannya dengan baik.

Malah, dia menganggap penglibatannya menerusi siri ini juga dapat dijadikan sebagai kesedaran dan pengajaran kepada masyarakat.

“Bagi saya, untuk bawa karakter Adi ni sangat-sangat grateful sebab saya boleh spread the awareness untuk orang luar, tanggungjawab saya untuk bawa karakter Adi tu macam mana.

“So, saya harap dengan karakter yang saya bawak ni, orang luar yang ada depresi dan anxiety tak ikut apa yang Adi lalui,” katanya.

Selain Meerqeen, drama bersiri terbabit juga dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti, Hun Haqeem, Sherie Merlis, Sofia Jane, Sara Ali, Syafie Naswip, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Syazwan Zulkifly dan Rykarl Iskandar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Sering Dipersoal Mengenai Status Agama, Kevin Zahri Dedah Dia Kini…

Kevin dengan tenang dedahkan status agamanya yang sering dipersoalkan oleh orang ramai

Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Apa Nabila Buat Untuk Tiru Che Ta?

OMG…sama sungguh ni!

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

Selepas Aksi Cium, Fatin Afeefa Buat Hal Lagi!

Nampaknya, kontroversi ni semakin hangat ye!

Featured Wed, 10 Sep 2025
Hiburan Wed, 15 Jan 2020

A Pediatric And Neonatology Expert Confirmed Puteri Balqis Is Not Diagnosed With Cancer

Let’s us all pray for our talented star a pink of health.

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Rajin Turun Padang, Syafiq Kyle Turun 10 Kilogram

Akui Syafiq, dia aktif bermain bola sepak bersama rakan artis. Dalam masa sama, Syafiq juga menaja pasukan bola sepak, Challo yang ditubuhkan selama setahun.

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

邓紫棋任2018饥饿30爱心大使「带全家人来参与!」

铁肺歌手G.E.M.邓紫棋今日已马来西亚世界宣明会2018《饥饿30》爱心大使的身份出席饥饿30推介礼,正式为今年的饥饿30活动掀开了序幕!

error: Content is protected !!