Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 12, 2019 @ 11:48am

Terharu…Donnie Yen Terkejut Terima Sambutan Luar Biasa

Pelakon popular Hong Kong, Donnie Yen berkongsi pengalaman yang sukar dilupakan, baru-baru ini.

Donnie yang ketika ini berada di Malaysia memberitahu peluang bergelar selebriti terkenal membolehkan dia berjumpa dengan peminat dari seluruh dunia.

“Baru-baru ini saya mengunjungi Kenya, Afrika. Saya telah ke sebuah perkampungan di mana kawasan itu tiada saluran televisyen disediakan. Mereka hanya menonton DVD.

“Bila saya tiba di sana, saya lihat ramai kanak-kanak terkejut dan terkesima melihat kehadiran saya. Hal itu membuatkan saya cukup tersentuh. Bayangkan di sebuah kawasan pendalaman tanpa kemudahan hiburan yang luas, mereka kenal dan hargai kehadiran saya,” katanya kepada media.

Dalam masa sama, Donnie bersyukur diberi peluang diberikan watak yang membuatkan dirinya mampu diingati oleh peminat dari seluruh dunia.

“Bukan semua pelakon mendapat peluang yang sama. Atas pemberian ini, saya amat bersyukur sekali,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Donnie sempat meluahkan rasa teruja dapat kembali ke Malaysia dan bertemu peminatnya di negara ini.

“Saya gembira dan teruja kerana diberi peluang untuk bertemu peminat di Malaysia,” katanya.

Donnie kini berada di Malaysia mempromosikan filem Ip Man 4: The Finale yang akan ditayangkan pada 20 Disember.

Turut bersama Donnie dalam siri jelajah selama dua hari itu ialah, Danny Chan Kwok-Kwan yang membawakan watak sebagai Bruce Lee, penerbit Raymond Wong dan penulis skrip Edmond Wong.

Dibawakan oleh Lotus Five bersama RAM Entertainment selaku rakan pemasaran, telah merancang tiga sesi meet & greet untuk peminat Ip Man berjumpa secara dekat dengan pelakon yang telah membawakan watak legenda Mahaguru Wing Chun selama 10 tahun itu.

Untuk rekod, Ip Man 3 telah mencatat kutipan pecah panggung kategori filem Cina iaitu sebanyak RM12 juta dalam tempoh empat hari ketika ditayangkan di Malaysia pada tahun 2016.

Malah, ia menjadi filem Hong Kong pertama di Malaysia yang berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM30 juta sekaligus meletakkannya sebagai filem Cina paling tinggi dalam sejarah kutipan di Malaysia.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Tiket Mampu Milik Serendah RM58, Kumpulan Ungu Bakal Meriahkan Pesta Muzik Kuantan

Kumpulan muzik terkenal Indonesia Ungu bersama barisan artis-artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo bakal menggegarkan Pesta Muzik Kuantan. Bakal berlangsung pada 24 Februari 2024 di […]

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

「天生歌姬」A-Lin 720唱响云顶!门票3月5日开售

「天生歌姬」A-Lin 7月20日唱响云顶!门票将于3月5日公开发售。

Hiburan Thu, 26 Mar 2026

Sibuk Bekerja Waktu Puasa & Raya, Ezzanie Jasny Akui Sedih Banyak Terlepas Momen Indah Bersama Keluarga – “Tahun Depan Nak Rehat”

Ezzanie turut berkongsi hasrat untuk mengambil rehat pada tahun hadapan agar dapat lebih menghargai momen bersama insan tersayang tanpa gangguan kerja.

Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Penampilan Tindik Hidung Shila Amzah Dikritik, Peminat Bidas Komen Netizen Mulut Puaka – “Tak Salah Pun, Janji Tak…”

Alamak, Shila betul ke tindik hidung tu? Fesyen kot kan maybe pakai yang jenis pelekat tindik hidung hihihiii

Hiburan Wed, 23 Jan 2019
Featured Fri, 5 May 2023
error: Content is protected !!