Featured By: Salma Syahbuddin August 8, 2025 @ 4:28pm

“Terima Kasih Tidak Pernah Membelakangkan Saya” –  Alami Detik Sukar, Eda Ezrin Syukur Dapat Pulang Ke Pangkuan Keluarga

‘Bukan mudah namun dengan doa yang tak pernah putus saya temui kekuatan untuk terus bertahan’.

Demikina luahan penyanyi dikir barat moden, Eda Ezrin apabila berkongsi hantaran di ruangan Instagram Story (IGS) miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Eda meluahkan rasa syukur dan sebak apabila mengenang kembali detik sukar yang berlaku dalam hidupnya.

Katanya, kembali ke pangkuan keluarga dan menjejakkan kaki di tanah air tercinta adalah nikmat yang tidak ternilai setelah berdepan episod duka apabila ditahan atas tuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dalam serbuan yang dijalankan oleh polis Sungai Golok di sebuah hotel pada 1 November tahun lalu.

“Alhamdulillah tidak ada kata yang mampu menggambarkan rasa syukur dan sebak yang saya rasakan saat ini.

“Setelah melalui detik-detik yang begitu mencabar dalam hidup, akhirnya saya kembali menjejak tanah air tercinta.

“Ujian ini bukan mudah, namun dengan doa yang tidak pernah putus dari keluarga, sahabat dan anda semua yang ikhlas menyokong dari jauh, saya temui kekuatan untuk terus bertahan,” katanya.

Dalam pada itu, Eda juga mengucapkan terima kasih kerana sentiasa percaya bahawa dirinya tidak bersalah sekaligus memohon ruang dan peluang untuk kembali mengatur langkah dalam kehidupan.

“Terima kasih kerana tidak pernah membelakangkan saya.

“Izinkan saya menyusun semula langkah, perlahan-lahan, dengan penuh harapan dan doa. Moga Allah membalas setiap kebaikan kalian,” kongsinya.

Tidak habis disitu, Eda juga sempat memuat naik video beserta hantaran berupa pesanan seolah-olah meluahkan isi hatinya.

“Aku tidak akan pernah lupa tangan siapa yang menolongku disaat susah dan kaki siapa yang melangkah disaat aku minta tolong.

“Dan aku pun tidak akan lupa siapa yang membuang ketika aku sedang meminta tolong,” jelasnya.

Terdahulu, Eda Ezrin akhirnya dibebaskan pada Rabu selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand.

Pembebasan itu dibuat susulan kegagalan pihak pendakwa raya Thailand mengemukakan bukti dan saksi bagi menyokong rayuan terhadap kes berkenaan.

Hakim Mahkamah Penjara Narathiwat memutuskan untuk melepaskan penyanyi berusia 30 tahun itu bersama suaminya serta empat individu lain kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan).

Pada 6 Mac lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat yang bersidang selama tiga hari bermula 11, 13 dan 14 Februari memutuskan untuk membebaskan Eda Ezrin, suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35 dan empat rakan mereka iaitu Eridieka Mohd Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, serta Zuhaira Nasrin, 26.

Bagaimanapun, pendakwa raya mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan mahkamah membenarkan lima lanjutan permohonan rayuan, masing-masing bermula dari 6 Mac hingga 6 April, 6 April hingga 6 Mei, 6 Mei hingga 10 Jun, 10 Jun hingga 6 Julai dan terakhir dari 6 Julai hingga 6 Ogos.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Oct 2025

Digelar Bibik Gara-Gara Masak Untuk Suami, Atikah Suhaime Tampil Bersuara!

Pelakon Datin Atikah Suhaime tampil menempelak segelintir netizen yang kurang sopan menggelarnya sebagai ‘bibik’ meskipun berkahwin dengan orang berada.

Featured Tue, 22 May 2018

Penemuan Spesies Semut Baharu Ini Diberi Nama Echinopla Tunku-Abduljalilii

Sultan Johor namakan spesies baharu semut iaitu Echinopla Tunku-Abduljalilii.

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Awww…Sweetnya Ucapan Hari Jadi Nabila Razali Untuk Hael Husaini

Rata-rata pengikut Nabila Razali di Instagram turut mengusik Nabila dengan soalan-soalan mengaitkan dirinya dan Hael. Ehem, ada apa-apa ke? 

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Hiburan Thu, 29 Sep 2022

Uqasha Senrose Beri Bunga Pada Kamal Adli, Netizen Teringin Nak Kahwin

Bestnyaaa 🥰 Sweet betul lah pasangan suami isteri ni! 😍

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Onew’s Military Enlistment Date Announced

Fans are already looking forward to his discharge…

Featured Fri, 8 Apr 2022

Anak Menangis Rindukan Ayah, Netizen Tegur Shuk Sahar Agar Jadi Lelaki Bertanggungjawab

Apapun kemelut yang melanda rumah tangga, tolong jangan abaikan anak-anak..

Hiburan Sun, 23 Sep 2018

Tulis Kapsyen Sedih Di Instagram, Zara Zya Patah Hati?

Zara enggan mengulas lanjut tentang status hubungan mereka kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Sabarlah Zara…

error: Content is protected !!