Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom March 8, 2018 @ 3:32pm

Terkena Tempias Kawan Baik, Rita Rudaini Putus Sahabat Dengan Izreen Asminda? Betul Ke?

Gara-gara status ‘KB’ kepada pelakon Izreen Asminda atau dalam ungkapan penuhnya kawan baik , aktres jelita tinggi lampai, Rita Rudaini (Rita), tidak semena-mena menjadi mangsa kecaman netizen yang melepaskan kemarahan mereka terhadap Izreen yang dikatakan punca utama sekaligus mempengaruhi keputusan  suaminya, Ude untuk menceraikan isteri pertama, Intan.
 
Rimas dengan tempias kontroversi yang menimpanya, Rita khabarnya mengambil langkah  menjarakkan seketika dirinya dengan Izreen, apatah lagi, sebelum ini pernah berpesan kepada Izreen banyak kemungkinan bakal dihadapi jika berkahwin dengan suami orang.
 
“Saya belum punya kesempatan untuk bertemu dengan Izreen dan kebetulan juga sibuk aktiviti lakonan termasuk menguruskan perniagaan juga anak-anak. Biarlah dia dan suaminya selesaikan masalah rumah tangga mereka.
 

http://www.soyalemon.com

 
“Lagipun saya sama sekali tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah rumah tangga Izreen dan berharap masyarakat berhenti mengecam dan menunding jari kepada saya.
 
“Betul kami memang berkawan, namun tidaklah sampai hal peribadi pun saya hendak masuk campur. Apabila kita sudah memberikan nasihat, yang selebihnya terpulang pada individu itu sendiri,” kata Rita.
 
Menurutnya, setiap individu perlu bertanggungjawab keatas segala tindak tanduk mereka kerana dia sendiri pernah berdepan dengan kecaman netizen sewaktu mengalami masalah rumah tangga dulu sebelum mengambil keputusan bercerai.
 

http://www.gempak.com

 
 
 “Cuma satu janganlah memalitkan kesilapan orang lain kepada individu yang tidak bersalah. Pada mulanya saya boleh berdiam diri apabila dikecam, namun lama-kelamaan ia semakin menjadi-jadi pula. Saya berharap, mereka di luar sana janganlah menghakimi tanpa usul periksa.

Pelakon drama Misi Laksa Dan Laksam itu turut menyatakan rasa terkilannya kerana disebabkan isu itu, kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna turut terkena tempias.

“Perkara sebegini bukan saja memberi kesan buruk kepada saya, malah anak-anak juga terkena kesannya. Mereka semakin membesar dan sudah pandai membaca,”ujarnya lagi. – Sumber Berita Harian.

 

http://www.mediahiburan.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Trending Fri, 8 Mar 2019

Pembantu Rumah ini ditangkap majikan kerana cuba seludup wang dalam kotak minuman!

Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua!

Trending Thu, 13 Aug 2020
Hiburan Sun, 31 Aug 2025

Kerjaya Sebagai Hos Semakin Rancak, Haidar Hasanudin Tak Lupa Bidang Lakonan

Semakin selesa dengan bidang pengacaraan, Haidar Hasanudin takkan lupa kerjaya lakonan.

Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Mia Sara Berubah Kerana Berkawan Dengan Kasih Iris Leona?

Eh, kenapa tu Mia Sara? Betul ke dah berubah sebab pengaruh rakan sebaya?

Featured Fri, 8 Aug 2025

Pernah Trauma Naik Pesawat, Intan Najuwa Minta Tips Elak ‘Anxiety’

Trauma gara-gara pernah berdepan dengan pengalaman ribut.

error: Content is protected !!