Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Padin November 12, 2021 @ 6:17pm

Terokai Pelbagai Karya Kontemporari Malaysia Di MPO TV!

Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) dengan kerjasama Persatuan Komposer Kolektif Malaysia (Malaysian Composers Collective – MCC) mempersembahkan konsert maya yang menampilkan karya kontemporari komposer-komposer tempatan bertemakan MPOPlaysOn: Malaysian Composers Series – Chamber Concert.

Konsert ini akan dipersembahkan dalam tiga bahagian iaitu pada 5 November 2021, 12 November 2021 dan 19 November 2021 di saluran YouTube MPO, MPO TV.

Konsert ini adalah usaha berterusan MPO untuk memberi penghargaan terhadap karya-karya komposer tempatan dari pelbagai latar belakang muzik.

MPO menyediakan platform ini supaya karya-karya komposer Malaysia dapat ditampilkan di pentas yang berprestij dan memupuk bakat mereka untuk terus berkembang dan bersinar.

Bahagian 1 akan mempersembahkan karya Edge of Lunacy ciptaan Jessica Cho (menceritakan situasi emosi seseorang yang sedang beransur-ansur menjadi kurang siuman), Frizzy Crystals dari Tai Yun Ming (karya yang menggambarkan bentuk tekstur awan ais yang seakan-akan kristal) dan Nunuk Ragang dari Rayner Naili (diilhamkan oleh legenda pokok beringin merah yang melindungi penempatan pertama di Sabah).

Persembahan ini diteruskan dengan bahagian 2 yang menyajikan karya Hymn of the Remnants dari Caeleb Tee (menggambarkan kelompok manusia memuji keindahan bumi), Tanjak – Mahkota Alam dari Raja Alif (sebuah bentuk seni visual dan interpretasi beliau terhadap tanjak tradisional Melayu) dan Threadsafe dari Samuel Cho (diilhamkan oleh konsep pengaturcaraan komputer tentang keselamatan).

Bahagian terakhir persembahan ini akan menampilkan karya Addiction to Perfection dari Ilysia Tan (dihasilkan untuk memantau persepsi umum fizikal dan sosial), Fragments I dari Ainolnaim Azizol (karya yang dicipta untuk pertandingan Asian Composers League Young Composers 2014 di Jepun) dan Dance of the Wind and Sea dari Vivian Chua (karya gabungan irama Malaysia dan melodi harmoni dari barat).

Penasihat Artistik untuk konsert ini ialah Konduktor Residen MPO, Gerard Salonga. Selain menjanjikan pelbagai lagu yang menarik, setiap karya yang akan dipersembahkan akan disertakan dengan komentari video dari setiap komposer.

Konsert ini merupakan usaha kolaborasi kedua MPO bersama MCC pada tahun ini. Kolaborasi yang pertama adalah untuk koleksi audio digital MPOPlaysOn: Malaysian Composers Series – Vol.1 pada bulan Mei.

Ditubuhkan pada tahun 2007, MCC telah menjadi peneraju utama dalam mempromosikan bakat komposer – komposer tempatan di dalam dan luar Malaysia. Komposer MCC telah mewakili Malaysia di Young Composers Competition dan Asian Composers League Festival. MCC juga telah melancarkan pelbagai inisiatif, antaranya Young Composers Workshop dengan kerjasama bank HSBC (2008) dan KL Contemporary Music Festival (2009) bersama Goethe Institut.

Untuk maklumat terkini, sila layari www.mpo.com.my atau media sosial MPO (Facebook, Instagram dan YouTube).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 20 Aug 2019

Kenapa Suntikan BCG Tinggalkan Parut?

Ada sebab rupanya ia berparut, yang mementingkan kecantikan tak perlu risau lagi ya!

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018

New Logo for Visit Sarawak Year Unveiled

2019 is THE year to visit Sarawak!

LIFESTYLE Fri, 5 Oct 2018

「恐怖之夜」全马最大型的万圣节庆典!

由马来西亚双威主题乐园举办的「恐怖之夜」又回来啦!迈入第六个年头的全马最大型万圣节庆典,恐怖将升级,势必让人感受到一种前所未有的恐惧。

Fab Foodies! Sat, 13 Jan 2018

要买新鲜鱼?教你6个简单方法

鱼是每一家都不可缺少的食物!可是怎样才可以买到新鲜的鱼类呢?现在就由小编告诉你6个买鱼的技巧吧!

Automobile Tue, 24 Dec 2019
FESYEN Mon, 18 Nov 2019
LIFESTYLE Tue, 3 Sep 2019

Pernah Terfikir Macam Mana Boleh Ada Air Dalam Kelapa?

Nak tahu bagaimana, kenalah baca ya !

Fab Foodies! Sat, 24 Aug 2019

传统精髓及全新口感!为顾客带来舌尖上的非凡体验

9月13日是今年的中秋节,为了迎接这个最受欢迎的传统农历节日之一,云顶世界特推出一系列不同种类的招牌月饼,为顾客带来舌尖上的非凡体验。

FESYEN Tue, 20 Aug 2019
Fab Foodies! Tue, 23 Jan 2018

情人节送什么?齐做巧克力互送对方,好像OK窩~

还在犹豫情人节要送些什么吗?女的送花,男的送草?不如两人一同报名“情人节心形马卡龙和巧克力工作坊”亲手制作情人节礼物,互送对方,让感情升华之余又可一解买礼物的烦恼。

error: Content is protected !!