Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 18, 2022 @ 7:12pm

Terpaling Juara: Terlampau Penat, Shiha Zikir Batuk Berdarah Ketika Sesi Latihan

Selebriti serba boleh, Shiha Zikir batuk berdarah ketika menjalani sesi latihan episod ke-5 bagi progam realiti Terpaling Juara.

Situasi ini mengejutkan semua pihak produksi dan juga rakan-rakan sekeliling.

Difahamkan, kemungkinan jadual padat Shiha membuatkan dirinya terlalu penat, kerana ujian kendiri Covid-19 menunjukkan beliau negatif.

Walaubagaimanapun, Shiha tetap meneruskan sesi latihan sehingga diminta untuk berehat!

Melihatkan kepada kemas kini hantaran Instagram serta Instagram Stories yang dimuat naik Shiha semalam, pelantun lagu AEWO itu mendapatkan rawatan ‘nebulizer’ untuk melegakan kesakitan yang dialami.

Tidak hairanlah sifat tanggungjawab Shiha yang begitu komited ketika menjalankan tugas yang diberi membuatkan Shiha disenangi ramai, terutamanya pihak produksi.

Perwatakan yang menarik dan ceria ketika mengacara menjadikan nama Shiha semakin popular, termasuklah diberikan tanggungjawab untuk mengelolakan program hiburan Terpaling Juara.

Keadaan batuk berdarah amat membimbangkan semua pihak. Adakah Shiha dapat meneruskan tugasnya untuk mengacarakan Terpaling Juara bersama-sama dengan Haziq Hussni?

Kita tunggu dan lihat malam ini. Sama-sama kita doakan supaya Shiha berada dalam keadaan yang sihat.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Oct 2024
Trending Wed, 24 Jun 2020
Hiburan Mon, 29 Jul 2024
Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Artis Sendu? Giliran Diana Danielle ‘Sekolahkan’ Vida

Yang sebenarnya sendu adalah anda yang kalau tak pakai baju ropol keliling dunia, muah sana muah sini dengan kontroversi ntah apa-apa!

Replicated Draft Mon, 22 Apr 2024

Syoknya Raya Dengan Rumah Baru & Jongkong Emas Dari LBS!

LBS Bina Group Berhad (LBS) berbesar hati untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah bersama pemilik rumah baru dengan menawarkan pelbagai hadiah istimewa! Buat korang yang sedang mencari-cari rumah pertama atau hendak menaik taraf kediaman supaya […]

Drama Fri, 30 Jun 2023
Featured Thu, 27 Mar 2025

Duet Bersama Den Manjo, Nabila Razali Tampil Dengan ‘Raya Mana’ Versi Kelantan

Versi istimewa ini dihasilkan bagi memenuhi permintaan peminat yang ingin mendengar lagu tersebut dalam loghat Pantai Timur.

Events Tue, 21 May 2019
error: Content is protected !!