Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom September 19, 2018 @ 4:05pm

Tertelan Gula-Gula Getah Boleh Meragut Nyawa, Itu Berita Mengarut Tapi…

Pernah atau tidak anda tertelan gula-gula getah semasa kecil? Jujur, penulis sendiri pernah melalui pengalaman ini sebanyak dua kali.

Paniknya Ya Rabbi, sampaikan terpaksa dibawa ke klinik dan hospital. Bisikan suara hati adakah aku akan mati? Macam-macam!

Bukannya apa, panik terlebih ini disebabkan terpengaruh dengan rumours  kononnya jika seseorang tertelan gula-gula getah, getah gula tadi akan melekat dan menjerut di kerongkong. Selain tertanam dalam perut selama tujuh tahun.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya fakta itu tak betul! Meski perut tidak dapat memecahkan gula getah dengan cara yang sama seperti makanan lain, namun, sistem percernaan boleh menggerakkannya sepanjang aktiviti usus berlaku.

Erti kata lain, ia akan dikeluarkan melalui saluran pencernaan dan menjadi najis.

Foto: Care2

Tapi, bilakah menelan gula getah jadi satu masalah?

Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak tertelan gula getah dengan banyak, ia boleh menyekat saluran pencernaan dalam sesetengah kes tapi ia jarang berlaku.

Kemungkinan juga terjadinya insiden tersumbat apabila gula getah ditelan bersama objek asing yang lain seperti biji kuaci atau benda-benda yang susah nak dicerna.

Ia berlaku disebabkan kanak-kanak tidak tahu bahawa gula getah hanya dikunyah bukan ditelan terus ke dalam perut.

Gula getah dibuat daripada apa?

Sedap sangat kunyah gula-gula ini, tapi anda tahu tak ia diperbuat daripada apa? Gula getah diperbuat daripada bahan semula jadi atau bahan sintetik (gum resin), pengawet, perasa dan pemanis. Kemudian, tubuh akan serap pemanis dan ia boleh menambah kalori jika anda mengunyah gula manis terlalu banyak.

Tetapi, sistem pencernaan manusia tidak boleh mencerna gula-gula jenis ini dan ia hanya akan bergerak melalui saluran pencernaan dan seterusnya menjadi najis.

Berapa usia yang selamat boleh makan gula-gula getah?

Paling afdal, jangan ajar anak-anak anda menjadi penggemar gula-gula getah. Tetapi sekiranya mereka ingin mencubanya pastikan mereka berusia lima tahun ke atas kerana untuk peringkat umur sedemikian mereka mudah faham ada perbezaan antara gula getah dengan gula-gula yang lain.

Foto: Organics.org

Kesan-kesan yang boleh dapat jika tertelan gula getah?

  • Ia perbuat daripada kandungan gula yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan gigi
  • Kandungan sorbitol boleh menyebabkan cirit-birit
  • Ada sesetengah gula-gula ini mengandungi kulit kayu manis yang menyebabkan rasa panas dan pedas dalam mulut. Ia kurang sesuai untuk kanak-kanak. 

Kesimpulannya, jika ‘teringin’ kunyah gula-gula ini, cukup sekadar satu atau dua keping sehari. Bila selesai kunyah dan rasa manis juga sudah hilang, terus buang jangan leka mengunyah pula!

Sumber: Kids Health

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 May 2018

Teknik Urutan Bahu Dan Kaki Yang Gerenti Melegakan Pasangan Dan Buat Mereka Semakin Sayang!

Bila suami penat pulang dari kerja, bantu dia berehat dengan memberikan urutan yang relaxing ini.

Sihat Tue, 16 Apr 2019

Bolehkah wanita bersenam sewaktu hamil? Ini jawapannya

Tekanan sewaktu bersalin akan berkurangan.

Sihat Tue, 15 Oct 2019

Anda mempunyai gastrik? Ketahui puncanya

Ramai yang tidak perasan akan punca berlakunya gastrik

Sihat Sun, 10 Feb 2019

Selesema berpanjangan mungkin tanda anak anda dijangkiti influenza

Influenza boleh memudaratkan kanak-kanak kecil

Sihat Tue, 29 May 2018

12 Senaman Ini Hanya Memakan Masa 7 Minit Tapi Ia Lengkap Untuk Seluruh Badan

12 teknik, 7 minit, tapi memang lengkap untuk seluruh badan? Wah!

Sihat Wed, 19 Jun 2019

Kenal pasti 9 tanda peranakan wanita jatuh dan bermasalah

Masalah ini bukan saja dialami wanita bersalin tetapi juga anak dara!

Sihat Fri, 15 Mar 2019
Featured Thu, 12 Mar 2020

Pipi bulat dan tembam macam pau? Jom buat senaman kuruskan muka ini

Tak perlu habiskan duit untuk buat pembedahan plastik

Featured Wed, 28 Aug 2019
error: Content is protected !!