Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 10, 2022 @ 5:11pm

Thailand Mula Benarkan Tanam Pokok Ganja Di Rumah, Namun…

Thailand merupakan negara Asia pertama yang memberikan kebenaran untuk menanam pokok ganja di rumah bagi tujuan perubatan dan kesihatan bermula semalam.

Namun, pihak kerajaan Thailand tidak akan bertolak ansur dan akan menjatuhkan hukuman jika terdapat golongan atau individu yang menyalahgunakan tanaman tersebut kearah kelalaian yang menyebabkan kemudaratan.

Bercakap kepada CNN, Menteri Kesihatan Thailand, Anutin Charnvirakul berharap dengan kebenaran yang diberikan untuk menanam ganja di kawasan kediaman dapat membantu meningkatkan ekonomi negara gajah putih tersebut.

“Walaupun dibolehkan, ia masih memiliki akta dan undang-undang yang mengawal pengambilan, merokok atau menggunakan ganja untuk kebaikan.

“Kami tidak pernah menggalakan masyarakat mengambil ganja untuk tujuan yang memudaratkan,” kata Anutin.

Tegasnya lagi, Thailand tidak akan menerima pelancong luar yang datang semata-mata untuk menghisap ganja di tempat awam dalam negaranya.

“Datang ke Thailand untuk merokok atau mengambil ganja tanpa tujuan perubatan atau kesihatan di tempat awam adalah salah. Jangan datang dan kami tidak mengalu-alukan kedatangan kalian atas tujuan tersebut,” ujarnya.

Laporan sama, menanam ganja di rumah bukan lagi satu kesalahan atas dasar merawat penyakit. Kafe dan restoran juga diberikan kebenaran untuk menggunakan ganja sebagai salah satu bahan dalam makanan dan minuman.

Walaubagaimanapun, individu yang ditangkap mengambil atau menghisap ganja di sekitar tempat awam akan dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda sebanyak $800.

Susulan kebenaran tersebut, ia menimbulkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat kerana membuka ruang yang lebih besar untuk seseorang terjerumus dengan ketagihan dadah.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Trending Tue, 7 May 2019

Cabaran letak lipas di atas muka adalah trend remaja kini. Menjijikkan!

Sanggupkah anda menyelongkar dapur semata-mata untuk mengikuti cabaran ini?

Trending Wed, 7 Apr 2021

Tak Ada Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Keguguran

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mendedahkan dia baru sahaja mengalami keguguran. Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, dia menerima pekhabaran terbabit ketika membuat pemeriksaan kehamilan semalam. “Sebenarnya saya baru tahu […]

Events Thu, 4 Apr 2019

Here’s Where You Can Purchase Tickets to Westlife’s Tour Stop in Kuala Lumpur

They’re coming in August and people have been raving about it!

Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Wed, 17 Oct 2018

克里斯普瑞特童年照「撞脸鬼娃恰吉」

好莱坞男星克里斯普瑞特近日在IG上曝光一张童年照,与鬼娃恰吉撞脸了!而且连服装都100%神还原,笑翻众人。

Featured Fri, 5 Jun 2026

Isu Curang Babitkan Fify Azmi, Nafiez Zaidi Bersuara!

Nafiez seakan-akan meluahkan perasaannya berhubung isu tular membabitkan isu curang yang dikeluarkan Fify baru-baru ini.

error: Content is protected !!