Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 22, 2019 @ 12:26pm

Tiada Lagi Bulan Di Mentor Milenia 2019, Apex Tajuddin Kekal Juara Kali Kedua

“Saya percaya pada rezeki Allah SWT dan saya percaya saya telah buat yang terbaik berbanding persembahan-persembahan saya sebelum ini,” kata Bulan, protege yang tersingkir pada minggu keenam.

Minggu keenam Mentor Milenia 2019 bermula dengan Bulan, protege kepada Black yang menyanyikan lagu ‘Iman Mutiara’ (penyanyi asal Raihan). Walaupun persembahan minggu ini merupakan persembahan terbaik beliau, pihak juri tidak bersetuju dan Bulan ditempatkan di tangga tercorot.

Seterusnya Ryan Que, protege kepada Akim telah menyanyikan lagu ‘Bukan Diriku’ (penyanyi asal Samsons). Ryan Que menyampaikan lagu tersebut dengan penuh emosi dan menerima pujian dari juri, Datuk Syafinaz. 

Arayn Malek, protege kepada Hazama telah membukitkan yang beliau tidak tergolong dalam tangga tercorot ketika menyampaikan lagu ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ (penyanyi asal Nash). Ternyata persembahan beliau pada minggu ini menunjukkan peningkatan berbanding minggu-minggu sebelum. 

Sementara itu Daus Husny, protege kepada Ernie Zakri membawa lagu genre asli ‘Umpan Jinak Di Air Tenang’ (penyanyi asal Ahmad Jais).  Daus Husny berjaya mendendangkan lagu yang berlainan genre pada setiap minggu telah membuktikan yang beliau tidak boleh dipandang rendah. 

Malam diteruskan dengan persembahan dari protege Stacy, Rika Riana yang menyanyikan lagu ‘Warkah Untukku’ (penyanyi asal Ara Johari).  Rika memulakan persembahan dengan baik sekali, tetapi tidak dapat mengawal vokal beliau di pertengahan dan penghujung lagu.

Aedy Kama, protege kepada Black yang tergolong dalam tangga tercorot pada minggu itu telah menyampaikan lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ (penyanyi asal Ella). Aedy yang mempunyai dinamik masih tidak dapat menamvat hati para juri. 

Sharee Lopes, protege kepada Akim Ahmad menyampaikan lagu ‘Creep’ (penyanyi asal Radiohead) telah membuktikan yang beliau mampu membuat sebuah lagu itu seakan miliknya sendiri. 

 

Apex Tajudin, protege kepada Hazama yang merupakan juara mingguan sebelum ini mengekalkan takhta beliau selepas menyanyikan lagu ‘Sejati’ (penyanyi asal Faizal Tahir). Dengan cara nyanyian yang berbeza, Apex menerima pujian dari Datuk Syafinaz yang menyatakan nyanyian beliau lebih baik tanpa suara serak. 

Persembahan protege terakhir pada malam tersebut oleh Yazrul Arrep, protege kepada Ernie Zakri membawa lagu ‘Potret’ (penyanyi asal Akim & The Majistret). Menurut juri, Altimet, Yazrul masih boleh memperbaiki persembahan beliau pada malam tersebut. 

Minggu keenam Mentor Milenia menutup tirainya dengan persembahan oleh Sufian Suhaimi dengan lagunya ‘Mencuba’ serta persembahan medley oleh para protege dengan lagu ‘Kisah Cinta Kita’ (penyanyi asal Hafiz Suip) dan ‘Cinta Luar Biasa’  (penyanyi asal Andmesh).

Dua yang tercorot dipilih melalui undian penonton ialah Aedy Kama dan Bulan, kedua-duanya protege kepada Mentor Black Hanifah, manakalah yang selebihnya masih kekal untuk minggu yang akan datang. 

Untuk menentukan siapa yang kekal di pentas Mentor Milenia, Aedy Kama dan Bulan telah membawakan lagu ‘Gemilang’ dari Jaclyn Victor. Aedy Kama yang merupakan seorang tenor dari segi vokal menewaskan rakan seperjuangannya, Bulan. 

 
 
 
View this post on Instagram

@bulan_mentor tetap tersenyum walaupun tersingkir, kuat orangnya, semoga dipermudahkan urusan Bulan di luar sana! #mentormilenia2019

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Minggu hadapan, para protege perlu melakukan persembahan bersama artis jemputan antaranya Haqiem Rusli, Zizi Kirana, Qody, Amir Masdi, Sarah Suhairi, Pasya Mentor, Naim Daniel dan iamNeeta. Tak sabarnya!

Saksikan Mentor Milenia setiap hari Ahad, jam 9.00-11.30 malam dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (Hot FM).

Peemarkahan para protege pada musim ini dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri profesional dan 40% undian awam.  Undian boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.xtra.com.my/mentormilenia.

Jadi, jangan lupa mengundi peserta ‘favourite‘ anda kerana undian anda boleh menentukan kedudukan mereka! Jangan lah bagi mereka jadi peserta di tangga tercorot ok?? Your Vote Matters!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 Jan 2025
Cahaya Mata Sat, 29 Oct 2022

“Thank You Rafael Jaga Mommy Time Pregnant” – Ketulusan Anak Mawar Rashid Curi Tumpuan

Tular sebuah video pelakon Mawar Rashid bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael yang sedang membantunya memakai kasut. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mawar itu di laman Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Rafael […]

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

‘Nasib Tak Berapa Baik…’- Siti Sarah Mahu Beraksi Di AJL Tahun Depan

Chaiyok Sarah! We all akan selalu support awak tau.

Hiburan Mon, 6 May 2019

‘ Saya Mula Suka Dengan Dia Sejak Minggu Pertama’- Juara Lagu Cinta Kita Tidak Tolak Jodoh Bersama!

Kalau bertemu jodoh pun apa salahnya kan, dua-dua pun single lagi!

Cahaya Mata Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Penghantar Makanan Simpan Impian Bergelar Penyanyi, Kisah Black Hanifah Jadi Inspirasi Naskhah Mengusik Jiwa

Imran Aqil, Fahrin Ahmad, Danish Iskandar dan Hanna Halim muncul dalam sebuah naskhah istimewa.

error: Content is protected !!