Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 5, 2022 @ 6:30pm

“Tidak Adil Untuk Diri Saya Yang Sering Dihina Dan Dipijak!” – Didakwa Menagih Simpati, Elyana Mohon Netizen Jangan Biadap

Penyanyi yang popular menerusi lagu Kalis Rindu ini mengakui kesal dengan tindakan segelintir warganet yang menuduhnya meraih simpati gara-gara penyakit yang dihidapinya.

Menurut Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, dia menyesal kerana mendedahkan tentang penyakitnya itu kepada umum.

Malah, sebelum memaklumkan mengenai kanser limfomanya itu, beliau mengambil masa yang cukup lama untuk betul-betul bersedia memaklumkan kepada peminat kerana tidak mahu dilabel cuba meraih simpati.

“Cari simpati? Ayat paling pantang telinga aku dengar. Inilah sebab kenapa aku ambil masa lapan tahun untuk tidak memberitahu masyarakat yang aku sakit. Sebab tidak ada gunanya pun.

“Aku buat keputusan yang salah. Terima kasih rakyat Malaysia yang tinggi ilmu agama. Bab komen pasal agama nombor satu. Solat lima waktu jangan tinggal pula,” tulisnya.

Sentap dituduh meraih simpati

Sementara itu, Elyana memaklumkan tidak salah andai ada peminat yang ingin menegur tentang auratnya namun, bila teguran itu menyakitkan hati sehingga memerli dan menuduhnya mahu meraih simpati ia sama sekali disifatkan sebagai sangat melampau.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini Elyana di Instagram story miliknya, dia dilihat sempat berkongsi tangkapan skrin individu terbabit yang sekali lagi melabel dirinya tidak boleh menerima nasihat kerana mengajak untuk berjumpa individu terbabit secara ‘face to face’.

“Amboi… Aku PM tepi kau je kan… Bukan aku cakap dalam komen. Melampau betul kau ni!

“Dah sihat mcam ni pula perangai kau… tak boleh kena tegur pula. Kau tengah suka penyakit dah hilang, mana kau perasan apa yang kau buat sekarang.

“Kemain cabar aku pula nak jumpa depan-depan eh? Orang nasihat kau mencabar pula. Bukan main suruh jumpa depan-depan. Masuk dalam story pula tu. Kau kalau tak boleh kena tegur tak payah nak posting apa-apa.

“Ini aku tegir dalam DM ye beluam aku tegur dalamkomen. Benda yang betul aku cakap, orang keliling kau yang nampak… Kau mana nampak diri sendiri. Serius, melampau kau ni,” tulis individu terbabit.

 

Menganggap apa yang terjadi sebagai tidak adil, Elyana memaklumkan dia tidak akan berdiam diri dan membenarkan mana-mana pihak memijak dan menghinanya lagi.

“Mungkin dulu saya tidak suka menjawab. Tapi itu tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak. Apa jenis manusiakah anda?

“Niat mahu beri nasihat, tapi biadab.

“Ingatkan diam dah… baru nak maafkan. Inilah contoh zaman sekarang. Gunakan nasihat untuk bagi green light mencaci dan maki orang. Hujung-hujung dia kata tak boleh terima nasihat,” katanya.

Terdahulu, Elyana mengakui penat hidup berpura-pura kuat seperti yang sering dilihat oleh peminat dan warganet di luar sana. Kerana setakat ini beliau masih memerlukan rawatan kesan dari kemoterapi dan radioterapi yang dilakukan sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Mar 2019
Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mnet’s Under Fire Again, This Time It Happened Back Stage

When it comes to Mnet; another day, another drama.

Trending Tue, 22 Aug 2023
Fab Foodies! Mon, 29 Apr 2019

McDonald’s Extends Menu Hours + New Dishes in Conjunction with Ramadan

They’re making sure everyone will be well fed for sahur and buka puasa.

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

‘Kalau Ada Yang Sudi,Apa Salahnya’- Mamak Teringin Jadi Duta Produk Pemutih?

Betul kata Mamak, kenapa perlu ambil duta produk yang sedia maklum sudah cantik? Kalau syarikat mahu melihat testimoni lebih asli, apa kata…

Hiburan Fri, 16 May 2025
FESYEN Wed, 20 Feb 2019

Fashion Industry Bids Farewell to the Late Legendary Karl Lagerfeld

May the 21st Century fashion icon rest in peace.

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Contest Sat, 26 Oct 2019

用「XTRA优惠码」以更低价格购买BTS限量版礼盒!

一扣再扣!只要用「XTRA优惠码」就能以更低价格,在Superdeals购买到BTS限量版礼盒!

error: Content is protected !!