Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin May 16, 2019 @ 4:28pm

Tidak tahu mahu bawa anak ke mana cuti sekolah ini? Kidzania tawar aktiviti sains dan angkasa untuk kanak-kanak!

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Anda pasti buntu memikirkan mengenai aktiviti yang bermanfaat untuk dilakukan oleh anak-anak sepanjang cuti sekolah ini.

Maklumlah, pada zaman serba teknologi ini, anda haruslah memastikan masa anak-anak terisi dengan perkara yang berfaedah.

Apa kata bawa mereka ke Kidzania?

Kidzania merupakan tempat yang menggabungkan dua aspek yang berbeza iaitu hiburan sambil belajar.

Di sini, anak-anak anda boleh cuba untuk merealisasikan pekerjaan impian mereka seperti doktor, jurutera, jururawat, penggaya rambut di salun, saintis, juruhebah radio dan sebagainya.

Terkini, Kidzania melancarkan Science and Space Programme yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik membabitkan sains dan angkasa lepas untuk dicuba oleh anak kecil anda.

Pakar astrofizik pertama negara dan bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA), Prof Emeritus Datuk Dr Mazlan Othman, berkata pendedahan sejak awal mengenai sains dan angkasa lepas dapat membantu meningkatkan minat kanak-kanak terhadap bidang berkenaan, sekali gus dapat melahirkan lebih ramai ahli sains negara pada masa depan.

“Sains membantu kanak-kanak dalam membentuk kemahiran yang diperlukan dalam hidup seperti penyelesaian masalah dan pemikiran secara logik.

Foto: Kidzania Kuala Lumpur

“Pengetahuan dalam bidang sains khususnya angkasa lepas boleh memberikan panduan kepada kanak-kanak untuk menjadi saintis yang akan membantu menyelesaikan masalah perubahan iklim,” katanya.

Yang turut hadir ialah Datuk Bandar bagi Kidzania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad dan wakil daripada pelbagai jenama terkenal yang berkolaborasi untuk merancakkan program itu seperti Faber-Castell, Majlis Minyak Sawit Malaysian Palm (MPOC), F&N, Mission Foods and Kewpie, Google, Tanamera, Generasi Marikh Academy, MangoSTEEMS and the Science Bridge Company.

Program ini berlangsung dari 25 Mei sehingga 16 Jun 2019 bersempena dengan cuti sekolah di Malaysia dan Singapura.

 

Foto: Kidzania Kuala Lumpur

Antara aktiviti menarik untuk kanak-kanak adalah seperti berikut:

Junior Astropreneur Mini Bootcamp

Memperkenalkan peserta mengenai keusahawanan dan mengajar kemahiran seperti mengenal pasti masalah, berfikiran kritis, menyampaikan idea dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga dapat belajar  cara membuat satelit kertas ketika aktiviti Kem Angkasa yang akan dianjurkan oleh Generasi Marikh Academy.

Google Expeditions VR Experience

Peserta akan mendapat gambaran maya secara realisitik bagi melihat planet seperti Marikh dan Pusat Apollo Saturn menggunakan teknologi kacamata besar Virtual Reality (VR) sambil diberi pengenalan tentang angkasa lepas.

Bina Kincir Angin

Mendedahkan peserta mengenai mesin jenis roda dan gandar dalam aktiviti yang melibatkan sains.

Playdough Process pula akan mengajar peserta untuk mempelajari konsep cecair dan pepejal.

Creative Tack-It Modelling

Aktiviti yang dianjurkan oleh Faber-Castell ini akan mengajak peserta untuk bermain sambil belajar bentuk bulan dan planet menggunakan produk-produk mereka.

Membuat Galaxy Slime

The Science Bridge Academy pula mengendalikan dua akviti iaitu membuat slime dan moon sand yang memfokuskan mengenai bidang kimia seperti atom, molekul dan sebagainya.

Foto: Kidzania Kuala Lumpur

Galaxy Bathbomb  

Bengkel membuat bahan mandian anjuran Tanamera ini pasti menyeronokkan buat anak anda!

Kidzania menawarkan 40 peratus diskaun kepada pengunjung sepanjang program ini dijalankan!

Untuk maklumat yang lebih lanjut, kunjungi laman sesawang https://www.kidzania.com.my/happenings/activities-and-events/science-space-2019/?utm_source=Media%20Agencies&utm_medium=Press%20Release&utm_campaign=Science%20%26%20Space&utm_term=Science%20%26%20Space

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 5 Dec 2025

Affiliate Jadi Pintu Rezeki Baharu Wanita Asnaf Jana Pendapatan

Semakin ramai wanita membuktikan mereka mampu menjana pendapatan sendiri.

Acara Fri, 18 Oct 2019

Konsep Experience of The Future meriahkan Hari Turun Padang McD

Anda perlu lalui sendiri pengalaman mudah ini!

Acara Thu, 15 Jun 2023
Gaya Hidup Sun, 8 Apr 2018

6 Khasiat Barli Yang Perlu Anda Tahu. Memang Bagus Untuk Kesihatan!

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie merupakan bijirin yang mempunyai sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Gaya Hidup Mon, 19 Feb 2018

Bukan Sekadar Berlari, Rupanya 4 Teknik Senaman Ini Dapat Bakar Lebih Banyak Kalori!

Kalau bercakap mengenai senaman, mesti anda akan ingat berlari adalah teknik yang paling mujarab untuk bakar lemak. Tapi bagaimana pula untuk orang yang tak suka berlari? 

Acara Thu, 27 Feb 2020
Gaya Hidup Sat, 29 Sep 2018

Pelajari Sebutan Sebenar 35 Jenis Senarai Makanan Ini Supaya Tidak Ditertawakan!

Sebutan dan ejaan senarai makanan memang berbeza betul!

error: Content is protected !!