Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin September 28, 2018 @ 12:00pm

Tidur Pakai Stokin Tabiat Terbaik Untuk Menjaga Kesihatan!

Adakah sebelum tidur, anda akan sarung stokin terlebih dahulu? Jika tak, mungkin lepas ini anda perlu amalkan pemakaian stokin ketika tidur!

Kalau anda nak tahu, pemakaian stokin boleh membantu untuk tidur lebih cepat. Menurut Yayasan Tidur Kebangsaan, pemanasan kaki sebelum tidur membantu otak anda memberi isyarat waktu tidur dengan jelas.

Namun, tidak semua daripada kita akan mudah untuk tidur, pasti ada dalam kalangan anda yang jadi ‘burung hantu’, walaupun dah berjam-jam di atas katil, mata tetap tak nak tidur!

Kesannya, badan anda kurang bermaya untuk melakukan aktiviti pada keesokan hari kerana tidak dapat tidur yang berkualiti.

Sebenarnya, terdapat solusi yang boleh anda amalkan sebelum masuk tidur iaitu dengan memakai stokin! Pemakaian stokin semasa tidur boleh mengawal suhu dalaman tubuh.

Foto: 100Comments

Menurut kajian pada tahun 2007, orang dewasa yang memakai stokin jenis normal atau panas akan tidur lebih cepat. Ini kerana, suhu badan teras seseorang berlaku pada waktu malam dan ia akan mencapai suhu terendah pada sekitar jam 4 pagi. Suhu purata adalah 98.6 darjah Fahrenheit, tapi ia berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.

Sebenarnya, suhu badan teras seseorang terjejas disebabkan oleh jam biologi yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian (circadian rhythm). Ritma sirkadian ini akan mengawal masa tidur, membuatkan seseorang berasa mengantuk pada waktu malam dan terjaga pada waktu pagi.

Jadi, suhu badan akan meningkat secara beransur-ansur pada waktu siang dan memuncak pada waktu petang. Kemudian, suhu tersebut akan menurun pada waktu malam yang menyebabkan seseorang berasa mengantuk. 

Apabila seseorang mula tidur, suhu badannya akan berkurangan sebanyak 1 hingga 2 darjah. Ini mungkin kerana badan memelihara tenaga untuk fungsi lain.

Jika seseorang tidur dengan memakai stokin, ia boleh membantu kitaran suhu tubuh mereka. Kitaran suhu badan yang baik adalah antara 60 dan 67 darjah F.

Manfaat lain tidur memakai stokin 

1. Mencegah rasa panas: Sesetengah wanita memakai stokin untuk menyejukkan suhu badan teras mereka.

2. Merawat tumit kaki: Memakai stokin selepas menyapu pelembap membantu menjaga tumit daripada kering.

3. Mengurangkan risiko serangan Raynaud: Penyakit Raynaud berlaku apabila bahagian-bahagian kulit yang terjejas, biasanya kaki dan jari, kehilangan sirkulasi dan mula berdentut atau membengkak. Jadi, memakai stokin pada waktu malam dapat membantu mencegah serangan, menjaga kaki supaya sentiasa hangat dan membantu peredaran darah.

Kesimpulannya, anda boleh amalkan pemakaian stokin ketika tidur okay! Semoga bermanfaat!

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Dec 2022

Imran Bard Bangga Miliki Kancil Turbo – “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je!”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet dengan gelagat dan kata-katanya yang sering menyelar tohmahan orang luar terhadap dirinya. @kucengnanges hidup kancil! 🚙 #anakkirimansyurga #imerang #imranbard #anaqkirimanheaven #kancilturbo ♬ original sound […]

Featured Sat, 27 Apr 2024

Tahniah! Pilih Nama Uqaira, Uqasha Senrose Selamat Timang Anak Perempuan

Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

Syaikhul Islam Cium Tangan Puteri Sarah, Netizen Komen: “Dia Faham, Tapi Tak Nak Meluahkan”

Tular sebuah video anak sulung pelakon Puteri Sarah Liyana, Syaikhul Islam mencium tangan ibunya. @uqaylakidswear Replying to @NZ HOME Anak itu seperti dapat merasakan betapa beratnya ujian ditanggung ibu tersayang..💔 #puterisarahliyana #puterisarah ♬ suara asli […]

Featured Sun, 16 Apr 2023

Anna Jobling Perjelas Isu Beli Kereta Tanpa Lesen Memandu – “Saya Perlukan Hari Untuk Settle Lesen Lepas Raya Nanti!”

Pelakon Anna Jobling mengaku sebelum ini dia membeli sebuah kereta jenis Honda CR-V berwarna hitam atas dasar mahu memiliki komitmen bulanan agar lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangannya walaupun masih tidak memiliki lesen memandu. Namun, itu tidak […]

Featured Tue, 12 Oct 2021

Nak Bercuti Rentas Negeri Tapi Masih Ragu-Ragu? Jangan Risau, Ikuti 5 Saranan Ini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan berita gembira yang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia iaitu kebenaran untuk merentas negeri yang telah berkuatkuasa bermula Isnin, 11 Oktober 2021. Ramai yang sudah merancang untuk […]

Featured Wed, 16 Jul 2025

[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Kahwin Sekufu, Syed Saddiq ‘Blushing’ Disoal Bakal Isteri Ada Keturunan Sharifah Atau Tidak?

UAI sekaligus menjelaskan mengenai konsep sekufu yang jarang diberi perhatian dalam bab perkahwinan.

Featured Thu, 16 Jan 2025

Ameera Khan, Jefri Nichol Hangat Bercinta, Netizen ‘Bitter’ Tinggal Komen Sarkastik – “Touch And Go Je lah”

rata-rata dalam kalangan netizen memberikan pelbagai respons terhadap hantaran mesra pasangan itu.

Sihat Mon, 15 Oct 2018

4 Fakta & Mitos Gula Yang Perlu Anda Tahu

Benarkah gula punca gemuk dan penyakit?

error: Content is protected !!