Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 12, 2019 @ 12:05pm

‘Tiga Bulan Lalu Awak Muncul Macam Magik’- Dira Abu Zahar Kongsi Kegembiraan Terima Orang Baru

“ Lama kami tunggu. Doa tak putus-putus, usaha tak kenal penat. Tiga bulan lepas awak muncul macam magik,” tulis pelakon Dira Abu Zahar yang gembira menerima kehadiran insan baru dalam hidupnya.

Individu yang dimaksudkan adalah anak angkat lelaki yang dinamakan Waris. Dira menerusi laman Instagram memaklumkan dia bersyukur apabila permohonan mengambil anak angkat akhirnya diluluskan.

“Tup tup Allah SWT bisik, ini saya punya. Tak nak fikir pasal ada masa ke tak. Tak nak sebut pasal kerja banyak ke tak. Tak nak tahu pasal mampu ke tak. Yang kami tahu, awak rezeki kami, awak kegembiraan kami yang paling terindah Sampai ke syurga.

“Terima kasih atas kesudian untuk bersama dengan kami, Waris.Awak adalah lelaki paling kacak kami pernah jumpa. Alhamdulillah, dapat hidup bersama.Insyallah. 

“Kita sama- sama bina bahagia dan cari syurga itu dengan kakak anggun ye. Doakan kami bahagia jugak ye..”tulisnya. 

Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Dira dan keluarga.

Dira pernah berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof pada 11 November 2011 dan berpisah pada tahun 2016 dan mereka tidak dikurniakan anak.

Terdahulu Dira berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Ash atau Tengku Shafriz- Rullah pada 2007 dan bercerai pada 2011.

Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 11 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Sat, 5 Apr 2025
Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Fri, 18 Apr 2025

Bercinta Sejak Marissa Sekolah Rendah, Suami Abby Abadi Pernah Tampar Aslam

Abby Abadi dedah suami pernah tampar Aslam selepas kantoi bercinta dengan Marissa di bangku sekolah

Hiburan Sun, 4 Nov 2018

周博华暌违9年重返剧场!与吴维彬演音乐剧

继《释迦牟尼佛传》和《文成公主》等音乐剧后,何灵慧导演带领她的团队呈现全新的百万令吉大型音乐剧《药师如来》于11月16日至18日,在吉隆坡蒂蒂旺沙室内体育馆公演!

Featured Mon, 9 Jan 2023
Featured Tue, 13 Sep 2022

Heboh Cuti Bersalin Dr Amalina Setahun, Dapat 5 Bulan Gaji Penuh… Netizen Senaraikan Syarikat Tempatan Tawar Manfaat Sama

Fuhhhh, seronoknya 🥺🥺 Tapi kat Malaysia pun ada juga gais! Ramai kongsi syarikat yang tawarkan manfaat sama! 🥰🥰

8TV Thu, 1 Dec 2022
error: Content is protected !!