Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 28, 2022 @ 5:32pm

TikTokers Lain Tak Boleh Cari Makan Lepas Ni! Netizen Terhibur Siti Nurhaliza ‘Miming’ Guna Suara Sajat

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila tampil memuat naik video menerusi akaun TikTok miliknya menggunakan suara usahawan kontroversi, Nur Sajat.

Bagaimanapun, tujuan Siti menggunakan suara tersebut adalah sekadar hiburan bagi mempromosikan minuman kesihatan dibawah jenamanya.

“Jangan lupa minum beaunest setiap hari dan dapatkan manafaat terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda ye.. Jangan risau suara tak tukar punya,” tulisnya.

Video berdurasi 15 saat itu ternyata menghiburkan warganet dan pengikutnya di laman sosial berkenaan.

Bukan itu sahaja,  kelab peminat Siti sendiri iaitu Sitizoners juga sempat meninggalkan komen memaklumkan Sajat pastinya gembira apabila idolanya itu menggunakan nyanyiannya sebagai ‘miming’.

Malah, ada diantara warganet yang memuji tindakan penyanyi tersohor ini apabila memilih menggunakan suara ‘miming’ Sajat menyanyikan lagu Anggapanmu pada videonya.

Tidak  ketinggalan, penyanyi dan usahawan selebriti, Iqbal Zulkefli juga sempat memberi respons di ruangan komen TikTok milik penyanyi itu.

Setakat ini, video Siti telahpun ditonton lebih 400,000 kali sejak ia dimuat naik pada Rabu.

 

@toktitiktok Jangan lupa minum beaunest setiap hari dan dapatkan manafaat terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda ye..Jangan risau suara tak tukar punya !!#fypツ ♬ original sound – sajjadzaman

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Oct 2019
Hiburan Fri, 15 Mar 2019
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Trending Mon, 9 Nov 2020

Lagu Cinta Kita 2: Peserta VS Komen Juri? Jom Recap Episod 1!

Wow! Tak sabar nak tunggu minggu depan

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Menangis Bukan Kerana Cengeng, Lara Alana Mudah Tersentuh

Walaupun baru berusia 4 tahun, Lara Alana sudah mampu menghayati sesebuah lagu. Wow!

Featured Wed, 1 Jun 2022
Featured Sat, 6 Jul 2024

“Bagi Saya Rugi Kalau Tak Nak Anak”- Hazama Selar Pasangan Memegang Prinsip ‘Childfree’

setuju dengan Hazama, anak itu akan pengikat kasih-sayang dalam rumah tangga

Hiburan Fri, 31 May 2019

小东生日愿望成真!东于哲出道十年上海首开个唱

郭晓东生日愿望成真!东于哲出道十年,在上海首开个唱。

error: Content is protected !!