Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops July 19, 2018 @ 7:00pm

Tip-Tip Memilih Pakaian Yang Sesuai Untuk Janji Temu Pertama Anda Dengan Teman Istimewa

Bunyi macam tak serious tapi bila anda lalui situasi ini, anda mesti akan panik. Kalau tak banyak pun, at least panik sikit.

Mestilah anda nak impress teman istimewa anda itu, kan? Takkan nak tampil biasa-biasa saja untuk date pertama? First impression itu teramatlah penting!

Walaupun anda dah pernah menemui teman anda sebelum ini, di acara janji temu inilah masanya anda boleh tunjukkan sisi romantik anda yang dia belum pernah lihat.

Jadi, pilihan outfit anda mesti tepat. Manalah tahu, rupa anda yang elok boleh tolong anda dapatkan second date!

Chemistry di antara anda berdua, fikir kemudian.

Jika anda perlukan bantuan untuk pakaian yang mana yang sesuai, di sini ada beberapa tip yang anda boleh ikut.

1. Sediakan masa yang banyak untuk betul-betul bersiap sedia dan memilih pakaian anda (ini termasuklah masa untuk gosok baju atau tudung jika perlu). Jangan tampil selekeh atau dalam keadaan stres!

2. Check dulu tempat yang anda nak pergi untuk dapatkan idea tentang pakaian apa yang paling sesuai. Rupa anda sepatutnya mencerminkan persekitaran anda.

3. Perkara yang anda paling perlu utamakan ialah keselesaan. Jangan sesekali pakai pakaian yang menyusahkan anda untuk bergerak, makan ataupun bernafas! Tak menarik pula jika anda sikit-sikit nak betulkan pakaian.

Foto: Sincerely Jules

4. Pilih warna atau jenis pakaian yang sesuai dengan anda. Kalau anda selalu dipuji cantik apabila memakai baju blouse berwarna pink, pilihlah pakaian yang sama seperti itu untuk date anda.

5. Pilih pakaian yang muat dan sesuai dengan bentuk badan anda. Jangan pilih yang terlalu longgar atau besar, ataupun terlalu ketat. Nota: Kalau anda perlu jahit atau alter pakaian anda, buat di rumah, dan bukannya ketika dalam perjalanan ke tempat date anda!

6. Seelok-eloknya biarkan outfit itu cerminkan personaliti anda. Kalau anda seorang yang feminin, janganlah bergaya macam tomboy pula.

Foto: Hello Fashion

7. Kalau temanya casual, pakai jeans, T-shirt dengan kasut Converse atau flats pun boleh. Asalkan anda nampak bersahaja.

8. Kalau temanya lebih formal, anda perlu berikan usaha lebih sikit. Pilih dress atau blouse dan kasut tumit tinggi yang boleh menyerlahkan keayuan anda.

Foto: Pinterest

9. Jangan keterlaluan dalam memilih outfit ataupun apabila anda mengenakan makeup. Rupa yang nampak lebih semulajadi dan minima adalah paling baik untuk janji temu pertama. Kalau terlebih ekstra pula, nampak macam anda sedang try too hard untuk menarik perhatian teman anda. Rilek-rilek sudah.

10. Akhir sekali, pastikan outfit pilihan anda membuatkan anda rasa confident. Lagi banyak keyakinan yang anda ada, lagi kerap anda akan tersenyum. Bila anda berada dalam mood yang baik, lagi senang untuk anda mewujudkan chemistry dengan teman anda.

Selamat maju jaya!

Sumber: The Everygirl

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 May 2018

Kalau Nak Bergelar Hijabista, Anda Kena Tahu Dan Mahir Dengan 3 Stail Fesyen Ini

Kalau nak jadi macam hijabista famous anda boleh tiru 3 stail ini.

Oh Lawa Tue, 29 Jan 2019

5 sebab anda perlu guna produk penjagaan kulit yang mengandungi Squalane

Bahan ini sangat versatil dan berkuasa tinggi!

Oh Lawa Thu, 18 Apr 2019
Featured Mon, 25 Jun 2018

Mix & Match Koleksi ALDO Untuk Mirip Gaya Selebriti

Dengan barangan ALDO, anda boleh bergaya persis selebriti kesayangan anda.

Oh Lawa Mon, 17 Sep 2018

23 Gaya Fesyen Karpet Merah Paling Menarik Di Acara Emmy Awards Selama Ini

Kita boleh juga lihat evolusi gaya fesyen red carpet dari tahun ke tahun.

Featured Thu, 31 Jan 2019

Himpunan Busana Perkahwinan Memikat di The Wedding KL

Hatta Dolmat menampilkan kolekis paling menawan! 

Featured Thu, 17 May 2018

Tampil Sopan & Anggun Dengan Koleksi Eksklusif Ramadan Fazbulous by Fazura

Seindah pengertiannya, Jauharah menampilkan gaya sopan dan minimalis, sempurna untuk digayakan sepanjang bulan penuh keberkatan, Ramadan.

Featured Tue, 2 Jun 2020
Featured Mon, 6 May 2019

Inilah perbezaan di antara Krim BB dengan Krim CC. Jangan tersalah pakai!

Pilih produk yang betul dan yang kulit anda perlukan!

error: Content is protected !!