Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri May 26, 2018 @ 1:17pm

Tips Dari Google Mengenai Tingkah Laku Pelayar Internet Dari Malaysia Dan Indonesia Pada Bulan Ramadhan

Di waktu bulan Ramadhan, tingkah laku umat Islam  akan sedikit berlainan berbanding pada hari yang lain. Dan ini turut melibatkan tingkah laku pengguna di dunia maya. Perkara ini telah didedahkan oleh Google dalam beberapa infografi yang dihasilkan oleh mereka. Pendedahan itu melibatkan maklumat berkenaan pengguna mereka dari Malaysia dan Indonesia. Infografi tersebut terbahagi kepada 4 bahagian waktu dalam seharian.

Ia bermula daripada jam 3 pagi hingga 8 pagi. Waktu ini merangkumi  waktu di mana biasanya penganut agama Islam akan bangun untuk sahur dan menunaikan solat Subuh. Menurut Google, antara carian paling popular pada masa ini ialah carian berkenaan masa masuknya waktu solat Subuh bagi mengetahui pukul berapakah untuk kita mula berpuasa. Tambahan lagi, umat Islam juga menggunakan waktu ini untuk membuat pilihan berkenaan juadah berbuka puasa dan ia dibuktikan apabila resepi makanan juga merupakan antara carian paling banyak dilakukan pada waktu ini.

Selain daripada waktu solat dan resepi juadah berbuka, pakaian raya dan laman beli belah atas talian juga adalah carian yang sangat popular pada bulan Ramadan bagi pengguna di Malaysia dan Indonesia. Selepas selesai waktu Subuh, kebiasaannya, kita akan sibuk menyiapkan diri untuk ke tempat kerja.

Kumpulan waktu yang berikutnya bermula dari pukul 11 pagi hingga 3 petang. Sekiranya pada bulan yang lain, waktu ini sememangnya akan dipenuhi dengan berbual kosong di kedai makan sambil menikmati juadah makan tengahari namun tidak pada bulan Ramadan. Bagi melupakan rasa lapar, majoriti daripada kita akan melayari internet, bermain permainan video, menonton filem atau sekadar tidur sebentar untuk menghilangkan penat.

Bagi yang menghabiskan waktu rehat tengahari dengan melayari internet ini, menonton video di Youtube adalah menjadi pilihan selain melayari laman sesawang beli belah atas talian. Menurut Google, antara video yang banyak ditonton pada waktu tersebut termasuklah video berkenaan resepi dan tutorial menyiapkan masakan yang kekerapannya meningkat sebanyak lebih kurang 28% berbanding bulan-bulan lain di Malaysia.

Selepas daripada itu, rasa lapar kian menghantui umat Islam terutamanya pada awal bulan Ramadhan pada kumpulan waktu berikutnya iaitu daripada pukul 4 petang hingga ke 8 malam. Kebanyakkan daripada umat Islam di Malaysia dan Indonesia menghabiskan masa ini di atas jalan raya apabila terperangkap pada kesesakan lalu lintas. Bagi yang tidak mengalaminya pula, selepas habis waktu kerja, biasanya ramai daripada kita yang akan mengunjungi bazar Ramadan bagi membeli juadah untuk berbuka puasa.

Ini menyebabkan penggunaan internet pada waktu itu kelihatan sedikit menurun berbanding kumpulan waktu sebelumnya, berdasarkan maklumat daripada Google. Namun, bagi maklumat pembaca, seperti dijangka waktu solat Maghrib adalah perkara paling banyak dicari oleh pengguna internet di Malaysia dan Indonesia.

Memasuki kumpulan waktu yang terakhir iaitu bermula dari pukul 8 malam hingga 11 malam, selepas selesai berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib dan Isyak, umat Islam di sini selalunya akan pergi ke surau atau masjid bagi menunaikan solat Terawih sehingga lebih kurang pukul 10 malam.

Selepas hari yang panjang, kebanyakan daripada kita akan mula masuk ke bilik masing-masing untuk berehat. Pada waktu ini, ramai antara kita yang akan melayari internet sebelum tidur dan jumlah tontonan di Youtube juga kembali meningkat. Majoriti daripada penonton Youtube pada waktu ini memilih video yang berbentuk hiburan dan muzik untuk ditonton sehinggalah mereka merehatkan mata.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Tue, 26 Jun 2018

露营车大到可以「停超跑」!移动式豪宅颠覆你想像

对很多人来说,拥有一栋房子已经算是完成人生中最大的梦想了,但你有想过拥有了一台「移动式豪宅」,根本就是想都不敢想的奢侈幻想吧?

TECH Thu, 27 Sep 2018

Nokia 6.1 Plus and Nokia 5.1 Plus’ Cameras are Worth Getting the Device

Is Nokia running on the iPhone design hype too?

TECH Mon, 26 Aug 2019

7 Cara Mengurangkan Storage iPhone

Tak perlu risau lagi kalau anda guna iPhone dan dapat ‘storage full’

TECH Thu, 19 Jul 2018

Instagram Uji Ciri Pengesahan Dwi Faktor Berasaskan Token

Instagram ketika ini menggunakan pengesahan dwi faktor berasaskan sistem pesanan ringkas (SMS). Ia lebih baik berbanding pengesahan faktor tunggal tetapi masih terdapat kerisauan jika pihak lain mempunyai akses jarak jauh kepada sistem mesej anda, dimana […]

TECH Thu, 1 Mar 2018

3 Cara Membuat Tulisan Unik di WhatsApp

Nak kelainan sewaktu hantar mesej di WhatsApp, apa kata guna cara ini …

TECH Thu, 14 Nov 2019

5 Aplikasi Untuk Hasilkan Kandungan Media Sosial Yang Lebih Menarik

Mungkin masih ada yang tercari-cari aplikasi mudah untuk menghasilkan kandungan media sosial yang lebih menarik. Semua aplikasi ini mudah digunakan dan tidak memerlukan kepakaran dalam reka bentuk. Anda boleh menambah kesan khas daripada koleksi templat […]

Automobile Tue, 22 Jan 2019

油表灯亮了才去加油,会伤害Fuel Pump?

油表灯亮了才去加油,会伤害 Fuel Pump ?

TECH Mon, 27 Nov 2017

【免费Wi-Fi不要乱连】10种避免个资外泄“必做”确认事项

现代人没有手机会觉得不安,没有网路更是什么都不行。手机里没经过认证的APP,有可能变成骇客的工具,更有可能窃取你的个资密码,现在就连免费的 Wi-Fi都有问题。

TECH Tue, 31 Jul 2018

不再被骇客入侵! Google安全密钥Titan Security Key上市

Google 宣称自 2017 年使用安全密钥以来,超过 8 万名员工就再也没被骇客入侵过了,现在这款安全密钥Titan Security Key将对外贩售。

TECH Sun, 7 Apr 2019

Cara Mainkan Lagu Pada Aplikasi Google Maps

Bolehkah kita buka lagu di aplikasi Google Maps? Tetapi bagaimana caranya? Ketahui cara-caranya disini.

error: Content is protected !!