Categories: Oh LawaTips

Lawanya extension bulu mata! Sebelum buat, ini panduannya

Pemasangan  bulu mata semakin diminati oleh kebanyakan wanita dan ia kini menjadi trend di Malaysia. Ia adalah teknik memasang bulu mata untuk menampakkan bulu mata anda lebih lebat, lentik dan panjang. 

Foto: Instagram Aishah Azman

Kaedah dinamakan persambungan ini juga membuatkan mata anda kelihatan lebih menonjol dan anda tidak perlu memakai maskara. Bukan setakat itu sahaja, wajah tidak akan kelihatan pucat walaupun tidak mengenakan sebarang alat solek

Kebanyakan wanita mengambil masa berjam-jam hanya untuk memakai bulu mata palsu tetapi dengan adanya persambungan atau pemasangan bulu mata, ia boleh menjimatkan masa. Sebelum itu, terdapat beberapa panduan yang perlu anda tahu sebelum proses pemasangan. 

1. Memilih salon yang berpengalaman

Lakukan sedikit kaji selidik mengenai salon yang akan dikunjungi untuk membuat pemasangan bulu mata. Sebaik-baiknya pilih salon yang berpengalaman kerana jika anda tersilap memilih salon dan dibuat secara terburu-buru ia akan menyebabkan iritasi pada mata. 

Foto: hellosehat.com

2. Konsultasi

Sebelum pemasangan dilakukan, dapatkan pandangan konsultan untuk panjang dan bentuk bulu mata yang diinginkan. 

3. Bahan bulu mata yang digunakan

Anda perlu mengambil tahu bahan bulu mata yang akan digunakan yang tidak akan membuatkan mata berasa berat bila memakainya. Bulu mata dengan kualiti yang baik serta teknik pemasangan yang betul akan membuatkan anda tidak berasa apa-apa pun ketika pemasangan. 

Foto: brilio.net

4. Perkara yang dilarang selepas pemasangan bulu mata

Pemasangan bulu mata mengambil masa selama satu jam setengah hingga dua jam . Apabila pemasangan bulu telah selesai, ia tidak boleh terkena air selama 24 jam.  

 

tex_admin

Recent Posts