Ada Apa Sufian Suhaimi Dengan Arianna Natasha?

Penyanyi Sufian Suhaimi menafikan dakwaan bercinta dengan selebriti media sosial, Arianna Natasha Abdul Zamri.

Menurut Sufian, dia sudah lali dengan gosip cinta dan ini juga bukan kali pertama digosipkan dengan mana-mana wanita.

“Tiada hubungan istimewa dengan gadis itu. Kehadiran saya di majlis ulang tahun gadis itu hanya atas dasar persahabatan.

“Saya mendapat jemputan daripada keluarganya kebetulan rumah saya berdekatan dengan lokasi sambutan hari jadi,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu runut bunyi filem Motif berjudul Takkan Merubah di Red Box Pavilion, petang ini.

Sebelum ini, gambar Sufian di majlis ulang tahun ke 16 gadis itu tersebar di media sosial, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Sufian juga memberitahu belum bersedia menjalinkan hubungan dengan mana mana wanita di luar sana.

“Bukan belum melupakan kisah lama, saya masih belum bersedia menjalin hubungan serius dengan mana-mana wanita buat masa ini.

Sementara itu, pelantun lagu Dimatamu ini juga menegaskan dia tiada hubungan istimewa dengan Jasmine Suraya Chin.

“Jujur, hanya kawan sahaja lagipun kami tidak pernah keluar bersama,” akhirinya.

Sebelum ini, Jasmine Suraya Chin mengakui persamaan antara dirinya dengan Sufian Suhaimi membolehkan persahabatan mereka semakin akrab terjalin.

SGMS Faida