Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
FESYEN By: Padin November 12, 2024 @ 10:15am

Tonjol Keselesaan, Sukan Viral Pickleball Jadi Tema Penutup ‘Travel With Larrie’

Pickleball adalah sukan raket yang menggabungkan elemen tenis, badminton, dan pingpong. Ia dimainkan di atas gelanggang berbentuk seperti gelanggang badminton tetapi dengan saiz lebih kecil, menggunakan raket yang diperbuat daripada kayu atau bahan komposit dan bola plastik berlubang.

Menjadi antara sukan yang sedang viral dan mendapat perhatian, populariti pickleball kini semakin meningkat, dengan pelbagai kejohanan dianjurkan di seluruh dunia, termasuk usaha untuk menjadikannya sukan Olimpik pada masa depan.

Baru-baru ini, peraduan “Travel with Larrie” ditutup dengan jayanya dengan majlis sambutan yang bertemakan “Pickleball’ di pusat membeli belah Lalaport, BBCC, baru-baru ini dan tiga pemenang telah dipilih untuk memenangi hadiah utama peraduan tersebut.

Tema “Pickleball” dipilih adalah bertujuan untuk menunjukkan keselesaan dan sokongan kaki dari produk tapak dalaman kasut Larrie, yang direka dengan teknologi lantunan semua, yang bersesuaian dengan segala aktiviti termasuklah berolahraga.

Majlis juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah pertunjukan fesyen terkini dari koleksi Larrie Musim Bunga / Panas 2025, penyampaian hadiah kepada 3 pemenang utama peraduan “Travel with Larrie’ serta pengumuman kempen Green Checkout bersama Mastercard.

Kempen Green Checkout dengan kerjasama Mastercard ini merupakan inisiatif untuk menyepadukan usaha penanaman pokok dan penghutanan semula ke dalam pengalaman membeli-belah dalam talian. Ia menjadi sebahagian daripada komitmen jenama ini terhadap kelestarian alam sekitar dan kempen ini membolehkan pelanggan menyumbang kepada penanaman pokok dengan setiap pembelian.

Untuk info lebih lanjut tentang produk dan tips fesyen terkini serta mahu menyaksikan koleksi terbaru jenama ini, ia boleh didapati di semua pusat membeli belah utama seluruh negara dan atas talian di larrieconceptstore.com dan larrieshoes.com serta kedai rasmi di Shopee, Lazada dan Zalora.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Tue, 20 Aug 2019
FESYEN Wed, 10 Jul 2019

Pertama Kali Di Malaysia, Pameran Fesyen Mewah Ini Curi Tumpuan Neelofa!

Wow, pameran jenama fesyen apa tu sampai Neelofa pun datang..

FESYEN Mon, 15 Apr 2019

Pencarian Wanita Melayu 2019, 10 Finalis Bakal Berentap Untuk Merebut Takhta

Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 30 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2019.

FESYEN Mon, 20 Aug 2018

Hitam Putih Taruhan Koleksi Musim Bunga 2018

Potongan ringkas begini pasti menambat hati sesiapa yang melihatnya. Saya mensasarkan golongan muda yang ingin menyerlahkan kelainan dalam berfesyen. Jangan takut untuk bergaya dengan pemilihan warna hitam putih untuk pakaian harian

FESYEN Thu, 19 Apr 2018

4 Lifehack Tampil Berseri Dengan Pemilihan Warna Baju Yang Tepat!

Pemilihan warna yang betul akan membuatkan anda lebih menyerlah. Namun, sekiranya anda memilih warna yang kurang tepat, bukan sahaja rupa anda kelihatan kusam, malah gigi juga akan kelihatan kuning!

FESYEN Thu, 21 Nov 2019
error: Content is protected !!