Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida October 22, 2018 @ 12:52pm

Trend Kahwin Muda Masih Relevan? Tunggu Sampai Usia Korang Cecah 18 Tahun

Bagi anda yang bercita-cita untuk kahwin pada usia muda, harap bersabar dulu ya! Tunggu sehingga usia mencecah 18 tahun sebelum meneruskan keinginan itu. Tunggu sehingga habis sekolah dulu barulah boleh ok? 

Kerajaan sudah menetapkan had umur perkahwinan bagi bukan Islam dan Islam, lelaki serta perempuan kepada 18 tahun di semua negeri.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Selasa lalu.

Mesyuarat itu juga menetapkan tiada had umur minimum bagi mereka yang berkahwin di bawah umur 18 tahun, bagaimanapun boleh dengan bersebab dan mendapat kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, mengesahkan perkara itu dan mengatakan ketetapan sudah dibuat dalam mesyuarat itu dan kerajaan negeri akan membuat pindaan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003.

Katanya, pindaan akan dibuat terhadap enakmen berkenaan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka akan berlangsung pada bulan hadapan.

“Dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lepas, kita sudah tetapkan perkahwinan tidak kira Islam atau bukan Islam adalah pada umur 18 tahun.

“Bagaimanapun, boleh diberi kelonggaran yang mahu berkahwin bawah 18 tahun dan perlu bersebab dan perlu ada kelulusan (sokongan) Menteri Besar atau Ketua Menteri.

“Enakmen sedia ada kekal cuma akan diubah dengan ditambah kelonggaran dan diubah had umur minimum bagi perempuan yang ketika ini adalah 16 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perdana Belia Negara 2018 peringkat negeri di Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Mengikut Bahagian Dua Fasal 8, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003, tiada sesuatu perkahwinan boleh diakad nikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan kurang daripada 16 tahun, kecuali jika Hakim Syarie memberi kebenaran secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mencadangkan untuk menaikkan had usia minimum perkahwinan kepada 18 tahun, bagi melindungi kesihatan, keselamatan dan hak kanak-kanak di negara ini.

Kertas kerja mengenainya akan disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi mendapatkan sokongan. -HM Online. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Fri, 21 Jul 2023

ABPBH 35: Siapa Yang Bakal Merangkul Trofi Pengacara TV Popular & Artis Komedi Popular? Ini Ramalan Pemenang Trofi Pilihan XTRA…

Jom tengok ramalan pemenang bagi kategori Pengacara TV Popular & Artis Komedi Popular! Siapa pula pilihan hati korang?

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Fri, 27 May 2022
Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Featured Fri, 29 Mar 2024

WHI Kongsi X Mydin Prihatin Jalin Kerjasama Imarahkan Bulan Ramadan

Moga kerjasama ini dapat diteruskan sampai bila-bila❤️

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Ironinya judul lagu album ‘Puncak Kasih” Ziana Zain!

“I’m strong (saya kuat). Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ (teruskan hidup) dan teruskan kerjaya.” Katanya

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Iqram Dinzly Buat Hal Lagi?

Apa pula kali ini?

Hiburan Wed, 18 Jan 2023
error: Content is protected !!