Categories: Trending

10 Foto Romantik Daripada Majlis Pertunangan Priyanka Chopra & Nick Jonas, Romantiknya!

Mesti anda dulu tak pernah sangka yang penyanyi kacak Amerika Nick Jonas dan pelakon jelita, Priyanka Chopra akan bersatu dan menjadi sepasang kekasih, kan? Siapa sangka?

Well, ia bukanlah tak mustahil langsung kerana Priyanka sering berada di Amerika untuk berlakon sebagai watak utama dalam rancangan televisyen Quantico. Besar kemungkinan dia sering terserempak dengan Nick di mana-mana acara.

Yep, nampaknya mereka telah disatukan oleh takdir (wah!). Hubungan percintaan mereka nampaknya serius, sampai dah bertunang dah pun!

Nick, 25, dan Priyanka, 36, kini berada di kampung halaman Priyanka di Mumbai bersama keluarga masing-masing.

Minggu lepas pasangan ini baru saja melangsungkan sebuah majlis pra-pertunangan yang dipanggil Roka, menurut adat istiadat orang-orang Punjabi. Di acara ini, keluarga dan rakan si lelaki datang berikan berkat kepada si perempuan.

Nick dan Priyanka telah memuat naik gambar-gambar daripada majlis istimewa ini untuk mengumumkan yang mereka telah bertunang.

Sebelum itu, jom tengok dulu gambar sweet yang mereka berdua telah kongsikan kepada pengikut media sosial mereka.

Caption untuk gambar Nick bertulis: “Bakal Mrs. Jonas. Hati saya. Cinta saya.” Wooh! Priyanka punya pula bertulis: “Sudah berpunya. Dengan sepenuh hati dan jiwa.” Woooooh!

Awww…

Sekarang jom tengok gambar-gambar daripada majlis intimate ini.

Ibu bapa Nick nampak gembira ketika di majlis ini.

Priyanka dan Nick juga telah mengadakan majlis “Puja”, sebuah upacara bersembahyang untuk menyambut sesuatu majlis secara rohani.

Go NickYanka!

Ya, mereka memang salah satu pasangan selebriti romantis tercantik di dunia. Sekarang, kita tunggu saja bila mereka ingin ke jinjang pelamin pula.

Sumber: Cosmopolitan

Ad Ops