Categories: Trending

13 Kluster Baharu Dikenalpasti, PKP Bakal Dilaksanakan Semula?

Tidak mustahil jika rakyat terus leka!

PM melahirkan kebimbangan dengan pertambahan jumlah kes positif Covid-19 serta kewujudan 13 lagi kluster baharu sepanjang tempoh PKPP.

Walaupun kes di negara ini kekal rendah, masyarakat seharusnya tidak boleh leka sekiranya tidak mahu PKP dilaksanakan semula.

” Saya agak bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh PKPP. Contohnya Kluster Restoran Kuala Lumpur dalam kalangan pekerja restoran yang dilaporkan sejak 6 Julai lalu dan Kluster Stutong yang bermula sejak 18 Julai

Kes Covid-19 catat 2 angka sejak beberapa hari lalu

Selain itu, terdapat empat kluster baharu yang dikesan berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara iaitu Kluster di Sarawak sebanyak tiga kes, Kluster di Melaka lima kes, Kluster di Terengganu tiga kes dan Kluster di Kuala Lumpur dua kes.

Dan, apa yang paling dibimbangkan oleh Perdana Menteri kita ialah, kes positif Covid-19 kembali mencatatkan angka dua digit sejak beberapa hari lalu.

Justeru itu, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya kerajaan melaksanakan semula PKP jika kes Covid-19 terus mencatatkan peningkatan.

“Situasi ini tidak boleh diambil mudah oleh kita semua. Saya pasti kita tidak mahu kerajaan kembali melaksanakan ‘lock down’ sekiranya kes-kes Covid-19 meningkat mendadak.

” Saya juga berdoa dan berharap agar kita tidak perlu sampai ke tahap itu. Cukuplah tiga bulan kita semua berkurung di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19″ Jelasnya.

Bukan itu sahaja, ekonomi negara juga terjejas teruk sehingga ramai yang hilang pekerjaan dan perniagaan mengalami kerugian.

Jadi, sama-samalah kita memutuskan rantaian Covid-19 dan jangan lalai dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

Salma Syahbuddin