Trending By: Yanie Baharom June 28, 2018 @ 10:00am

3 Teknik Pembedahan Miss V Yang Sudah Lama Wujud Tapi Kini Mendapat Demand Tinggi

Kerana obses dengan kecantikan, wanita sanggup melakukan apa saja meskipun sesetengah prosedur itu menyakitkan dan berisiko tinggi, misalnya pembedahan kosmetik, Liposuction dan suntikan wajah.

Rawatan yang sudah lama wujud namun menjadi kegilaan wanita kebelakangan ini adalah pembedahan miss v yang mana salah satunya berupaya mengembalikan kedaraan wanita.

Terdapat tiga jenis pembedahan vagina yang cukup popular dengan prosedur dan fungsi berbeza-beza. Bintang sinetron Indonesia, Nikita Mirzani misalnya tak terkecuali dalam mengikuti trend bedah vagina ini.

Dia melakukan pembedahan vaginoplasty supaya farajnya menjadi seperti anak dara selepas berkahwin dengan suami baharunya.

Terdapat dua jenis lagi pembedahan dan setiap prosedur mempunyai perbezaan. Teruskan membaca untuk mengetahui keistimewaannya.

Foto: Merdeka.com

1. Labiaplasty

Labiaplasty merupakan pembedahan untuk mengurangkan panjang lipatan kulit pada bahagian dalam kedua-dua belah vagina.

Wanita memilih melakukan labiaplasty untuk mengurangkan sakit semasa menaiki basikal, melakukan hubungan kelamin, gatal atau iritasi.

2. Hymenoplasty

Hymenoplasty pula adalah penambahbaikan selaput dara, iaitu selaput yang menutupi sebahagian dari lubang vagina. Bagi kebanyakan budaya dan agama, selaput dara menjadi lambang perawan bagi setiap gadis.

Selaput dara boleh terkoyak semasa melakukan hubungan kelamin, melakukan sukan berat atau menggunakan tampon ketika kedatangan haid. Justeru pembedahan ini dapat membaikpulih selaput dara mereka.

3: Peremajaan vagina

Peremajaan vagina ini sesuai dilakukan oleh mereka yang sudah melahirkan anak. Tapi, ada juga yang melakukan pembedahan ini untuk meningkatkan sensitiviti semasa gesekan antara zakar dan vagina yang akan menambah kenikmatan semasa melakukan hubungan kelamin.

Golongan wanita yang sesuai melakukan peremajaan vagina ini adalah mereka yang belum pernah melahirkan anak secara normal, yang memiliki vagina longgar secara semula jadi atau atas faktor penuaan, atau kerana melakukan hubungan kelamin yang berlebihan, dan individu yang mempunyai masalah vagina tidak sensitif semasa melakukan hubungan seks.

Oleh kerana demand yang tinggi, ia menjadi satu perkhidmatan pembedahan yang cukup popular di hospital-hospital terutamanya hospital bersalin di Malaysia.

Walau bagaimanapun, anda disarankan supaya mendapatkan khidmat pakar untuk pemahaman yang lebih lanjut dan mengetahui prosedur pembedahan yang mana yang sesuai untuk anda.

Untuk pemahaman anda mengenai 3 jenis pembedahan vagina yang telah dijelaskan, sila rujuk lampiran video di bawah.

Sumber Artikel &  Video: The Asian Parent

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Selepas ‘Menunggu’, Meerqeen Rakam Lagu Baru?

Meerqeen nak keluar lagu baru ke? Wahh multitalented lahh, Ayang siapa la ni untungnyaaa 🥰🤪🤪

Trending Thu, 22 Mar 2018

Now We Can All Fly Like Ejen Ali Thanks to AirAsia’s New MATA Spy Jet!

AirAsia launched the MATA Spy Jet in collaboration with Ejen Ali which makes flying even cooler now!

Trending Thu, 5 Sep 2019

‘Disambut’ Dengan Balingan Objek Pada Penyokong Harimau Malaya

Risaunya sebab tujuan untuk bermain bola sepak tetapi jadi huru-hara pula

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Saya Bukan Jenis Berdendam” – Bekas Suami Lufya Nafi Terlibat Dalam Kes Pukul & Cubaan Culik Anak

Selagi tak ada bukti yang kukuh, jangan suka-suka je fitnah orang, kang tak pasal-pasal kena saman!

Featured Thu, 20 Oct 2022

Dikritik Pakai Rantai, Individu Dakwa Shuib Berubah? – “Sejak Arwah Tak Ada Jadi…”

Alamak, betul ke Shuib dah berubah ni? Perasaan korang je kot

error: Content is protected !!