Trending By: Aisyah Badrul June 4, 2020 @ 3:07pm

42% Rakyat Malaysia Kehilangan Kerja, Paling Ramai Diberhentikan Ialah Golongan…. -PERKESO

Bilangan rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan di negara ini meningkat sebanyak 42 peratus bagi suku pertama 2020 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menurut laporan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Banyak perniagaan dan syarikat terpaksa menutup operasi disebabkan pandemik Covid-19. Selain itu, trend kehilangan pekerjaan juga dijangka akan meningkat 50 peratus kepada 200 peratus tahun ke tahun bagi setiap suku pada 2020.

“Tidak menghairankan jika lebih daripada separuh perniagaan ditutup membabitkan majikan besar dengan lebih 200 pekerja dalam sektor pelancongan manakala sektor pembuatan memberhentikan paling ramai pekerja iaitu 23 peratus daripada jumlah keseluruhan untuk mengurangkan kos operasi selepas terpaksa menutup kilang,” katanya.

Golongan Belia dan Lelaki Paling Banyak Diberhentikan Kerja

Peratusan pekerja berusia 40 tahun dan ke bawah yang berdaftar dengan Perkeso sebenarnya telah menurun sebanyak empat peratus tahun lalu. 84 peratus daripadanya sudah bekerja lebih dua tahun di syarikat yang sama. Perkara ini telah diterangkan meneerusi laporan yang bertajuk ‘Unjuran Pekerjaan Suku Pertama 2020, Impak Covid-19 terhadap Kehilangan Pekerjaan (LOE)’

Data LOE juga menunjukkan 61 peratus yang kehilangan pekerjaan adalah dalam kalangan pekerja berusia 40 tahun dan ke bawah.Pekerja yang berusia 31 hingga 40 tahun menyumbang 32 peratus manakala pekerja di bawah 30 tahun sebanyak 29 peratus.

Mengikut laporan, pekerja lelaki lebih cenderung diberhentikan kerja berbanding pekerja wanita iaitu 61 peratus. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat lebih ramai pekerja lelaki daripada wanita dalam tenaga kerja.

Selangor Negeri Paling Tinggi Kehilangan Pekerjaan

Sebanyak 79 peratus kehilangan pekerjaan berlaku di lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

Selangor merupakan negeri paling tinggi kehilangan pekerjaan iaitu 32 peratus.Lebih membimbangkan adalah Kedah yang menyumbang satu daripada enam kehilangan pekerjaan walaupun menempatkan sejumlah kecil majikan.

Kehilangan pekerjaan di Johor kebanyakannya dalam sektor perkilangan dengan 37 peratus dan industri berkaitan pelancongan sebanyak 36 peratus.

Laporan itu turut menyatakan di negeri seperti Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan, kehilangan pekerjaan tertumpu kepada industri berkaitan pelancongan.

Manakala negeri lain termasuk Putrajaya membabitkan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Sarawak (pembinaan), Pahang (sektor lain yang tidak dikelaskan), Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu (semua pembuatan).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Mar 2018

Elon Musk – “Jajah Marikh Untuk Spesis Manusia”

Musk mengeluarkan kenyataan berikut semasa Festival SXSW selepas Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat mengumumkan rancangan untuk bertemu pemimpin Korea Utara bagi membincangkan isu-isu berkenaan senjata nuklear.

Trending Fri, 2 Nov 2018

Selamat Tinggal JDT, Ke Mana Safiq Rahim Selepas Ini?

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata kelab itu sentiasa membuka pintu buat Safiq kembali.

Featured Fri, 17 Apr 2020
Featured Mon, 7 Mar 2022

“Terima Kasih Marsha” – Akim Ahmad & Stacy Anam Tersentuh Hati Lihat Persembahan Marsha Milan di AJL 36

Tahniah buat Marsha, Akim dan Stacy atas kejayaan manis ini! #NaibJuaraAJL36 🥳

Selebriti Sat, 2 Sep 2023
Featured Tue, 12 Mar 2024
Featured Mon, 19 Feb 2024