Trending By: Ad Ops February 14, 2019 @ 11:00am

6 cara Hari Kekasih disambut dengan luar biasa di luar negara

Adakah anda menyambut Hari Kekasih pada hari ini? Apakah perancangan anda?

Jenis sambutan yang biasa diamalkan oleh masyarakat tidak kira di mana saja lazimnya sama sahaja. Ada yang bertukar hadiah istimewa dan tidak kurang juga yang menikmati hidangan makan malam dengan meriah.

Tetapi ada beberapa negara yang menyambutnya dengan cara yang boleh dikatakan pelik,tetapi menarik.

Jom lihat negara terbabit!

1. Wales

Negara di United Kingdom ini menyambut versi Hari Kekasihnya pada 25 Januari. Ia dikenali sebagai Saint Dwynwen’s Day bagi meraikan lagenda tokoh cinta di negara berkenaan.

Menurut BBC, kisahnya sedikit tragis membabitkan perkahwinan yang diatur tetapi tidak berjalan lancar sehingga menyebabkan seorang kekasih mati kesejukan!

Untuk memperingati kisah sedih itu, pasangan di Wales akan bertukar “sudu cinta”, iaitu sudu kayu yang diukir dengan cantik dan menampilkan simbol yang meluahkan sentimen berbeza.

Filipina

Sejak beberapa tahun lalu, ada beberapa pasangan kekasih di sini menyambut Hari Kekasih pada majlis perkahwinan beramai-ramai yang disokong oleh kerajaan negeri.

Tahun ini, beratus-ratus pasangan berkahwin pada Hari Kekasih di bawah seliaan Datuk Bandar Dino Reyes Chua dari Noveleta, sebuah bandar di selatan Manila.

Pihak kerajaan turut menampung kos untuk majlis resepsi, jambakan bunga dan juga kek kahwin untuk pasangan terbabit.

Sebagai balasan, mereka perlu menerima Datuk Bandar Chua dan pegawai lain sebagai ibu bapa pembaptisan mereka.

Di bandar berdekatan seorang lagi datuk bandar turut merasmikan perkahwinan 500 pasangan, malah pasangan dengan pakaian terbaik akan memenangi wang tunai yang disalurkan kepada tabung bulan madu mereka.

Acara itu adalah untuk membantu pasangan muda yang mengalami masalah kewangan.

Foto: Sherbien Dacalanio/Pacific Press/LightRocket via Getty Images

3. El Salvador

Di sini, Hari Kekasih lebih kepada hari untuk meraikan kasih sayang dan persahabatan. Aktiviti utamanya ialah satu permainan yang dipanggil Teman Rahsia.

Rakan-rakan, ahli keluarga dan rakat sejawat akan menulis nama masing-masing di atas sekeping kertas dan setiap seorang akan mengambil satu kertas secara rambang.

Masing-masing akan menyediakan hadiah yang bakal diberikan kepada individu yang mencabut kertas dengan namanya. Apabila tiba masa untuk memberi hadiah, semua pemain akan berdiri dalam satu bulatan.

Ketika itu, setiap pemain akan menyatakan satu kebaikan mengenai individu yang tertulis dalam kertas terbabit dan pemain lain perlu meneka siapa yang dimaksudkan.

Konsepnya serupa dengan “Secret Santa” yang dimainkan pada waktu Krismas. Cuma Teman Rahsia lebih mesra.

4. Peru

Hari Kekasih jatuh pada waktu yang sama dengan karnival musim panas di Peru. Warga negara itu sering beradai dalam mood berparti dan kadangkala hari berkenaan diiktiraf sebagai cuti umum.

Di Amerika Syarikat, pasangan berbangsa Peru menukar jambakan bunga dan pilihan popular ialah bunga orkid, bukannya mawar.

5. Afrika Selatan

Di sini, secara tradisi pasangan kekasih menyambut hari itu dengan melekatkan sekeping kertas dengan menulis nama pasangan atau individu yang disukai di atas pakaian mereka.

Teknik itu adalah cara untuk meluahkan perasaan mereka dengan harapan cintanya akan berbalas. Adat ini diinspirasikan oleh festival purba Lupercalia.

6. Bulgaria

Hari kekasih juga jatuh pada hari yang sama dengan hari khas untuk tokoh pembuat wain, St Trifon Zarezan.

Di negara itu, awal Februari adalah tempoh bagi pokok anggur perlu dicantas pendek supaya boleh tumbuh dengan baik pada musim panas kelak.

Secara tradisinya, golongan lelaki akan menuang wain ke tanah untuk memperbaiki kesuburannya.

Setiap pemilik ladang anggur kemudiannya akan memilih ladang mana yang telah menghasilkan wain terbaik. Pemenang seterusnya akan mengadakan majlis makan besar di rumahnya.

Ada pasangan dari Bulgaria yang mengamalkan tradisi kedua-dua hari istimewa ini pada waktu yang sama.

Foto: Petar Petrov/Impact Press Group/NurPhoto

Sumber: Time

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Apr 2018

Jom Bayar Saman, JPJ Tawar Diskaun 70% Sepanjang April

Pengguna jalan raya yang ingin mendapatkan diskaun berkenaan perlu hadir ke kaunter JPJ untuk membayar saman atau kompaun terbabit

Featured Tue, 5 Apr 2022
Trending Tue, 17 Jul 2018
Hiburan Fri, 28 Jun 2024

Suami Lebih Suka Afifah Nasir Duduk Rumah, Tak Perlu Keluar Kerja

Untung dapat suami penyayang dan sangat bertanggungjawab

Hiburan Sat, 19 Dec 2020

Ernie Zakri Tidak Letak Harapan Menang Vokal Terbaik Pada AJL35

Tak sabar nak tengok persembahan Ernie Zakri di AJL35

Featured Mon, 27 Feb 2023

“Tindakan Seorang Lelaki Yang Tidak Bermaruah” – Ceraikan Isteri Menggunakan Telefon, Ini Respons Puteri Sarah

‘Ambil anak dara orang cara baik, pulang pun cara baik’ – Puteri Sarah

Featured Tue, 7 Dec 2021

Wanita Genit Pernah Tular Di TikTok Kini Berbadan Dua Curi Perhatian Netizen

Cinta sejati lahir dari hati yang ikhlas, bukan berdasarkan pada aspek fizikal mahupun luaran seseorang. Sebelum ini, kisah mengenai seorang wanita ini pernah tular kerana disangka budak kecil atau pelajar sekolah rendah menjadi tumpuan netizen […]