Categories: Trending

948 Kawasan Gangguan Bekalan Air Kini Pulih

Hulu Selangor antara kawasan pertama di Selangor yang pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air pagi ini.

99.25 peratus bekalan air kini pulih

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri, Kuala Selangor kini berada pada tahap 99.25 peratus, diikuti Petaling yang mencapai 91.78 peratus.

“Peratusan pemulihan bagi Gombak pula pada tahap 72.99 peratus, diikuti dengan Kuala Langat yang masih kekal 50 peratus sejak semalam.

“Sementara itu, Kuala Lumpur pada 47.37 peratus dan Klang/Shah Alam berada pada 38.42 peratus,” Katanya.

Kawasan gangguan bekalan air tidak berjadual kini pulih

Sehingga jam 6.30 pagi ini difahamkan 73.37 peratus daripada kawasan gangguan bekalan air tidak berjadual kini pulih sepenuhnya.

“Secara keseluruhan, 73.37 peratus daripada 1,292 kawasan terbabit dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini pulih sepenuhnya”

Manakala, bagi kawasan kumpulan 1 membabitkan 69 kawasan yang sepatutnya pulih sepenuhnya sehingga jam 12 tengah malam tadi TIDAK berlaku disebabkan penyimpanan air berlebihan oleh pengguna yang mula menerima bekalan air.

Jangan simpan ATAU guna air secara berlebihan

Tambahnya lagi, pengguna dinasihatkan agar tidak menyimpan dan menggunakan air secara berlebihan bagi memastikan proses pemulihan  bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar  dan mengikut jadual.

Pengguna juga boleh merujuk aplikasi air selangor untuk mendapatkan maklumat dan info tepat menerusi www.airselangor.com .

Salma Syahbuddin