Categories: Trending

Asing Tempat Duduk Lelaki – Wanita Dalam Panggung Bermula 3 September

Pihak TGV Mesra Mall, Terengganu akan mengumumkan pelaksanaan pengasingan tempat duduk mengikut kategori jantina dan keluarga. Pengasingan yang berkuatkuasa pada Khamis ini adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

Pengasingan mengikut garis panduan

Sumber : Google

Pengasingan yang berkuatkuasa pada Khamis ini adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

Dan ianya selari dengangaris panduan yang ditetapkanoleh Majlis Perbandaran Kemaman terutamanya bagi industri hiburan seluruh Terengganu.

Zon yang berbeza

Sumber : Google

Bagaimanapun, pelaksanaan ini hanya untuk pawagam dilokasi ini sahaja. Selain itu, pengasingan turut dilakukan di tiga zon berbeza iaitu, zon lelaki, zon perempuan dan zon keluarga yang dikhaskan untuk keluarga, pasangan suami isteri atau mahram.

Perlu kemukakan bukti jika…

Perkara ini melibatkan mereka yang sudah berumahtangga kerana mereka perlu mengemukakan bukti perkahwinan seperti, kad nikah atau dokumen yang telah disahkan.

Bagi mereka yang tersalah membeli tiket tanpa mengetahui tentang pelaksanaan ini, maka pengunjung diminta untuk menyemak terlebih dahulu dan sebarang penukaran tempat duduk hanya akan dilayan sekiranya terdapat sebarang kekosongan pada waktu yang sama.

Salma Syahbuddin