Categories: Trending

Ringkas Tapi Penuh Kelembutan, Mira Filzah Sah Jadi Isteri Wan Emir Dengan Sekali Lafaz

Majlis pernikahan selebriti terkenal, Mira Filzah dan pasangannya, Wan Emir Astar selamat berlangsung dalam suatu upacara tertutup yang hanya dihadiri oleh 250 orang tetamu sebentar tadi.

Pengantin perempuan, Mira Filzah lengkap berpakaian kurung putih dihiasi dengan sulaman manik keemasan ringkas sentuhan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini, kecantikan Mira terserlah dengan sentuhan solekan minimalis, setia ditemani ibu kesayangan di sisi.

Pelamin berkonsepkan senibina budaya islam yang diberi nama Mihrab Cinta adalah hasil sentuhan Rekateemor.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan dengan mas kahwinnya seuntai gelang emas. Mira Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar dengan hanya sekali lafaz.

Manakala, pengantin lelaki Wan Emir Astar tampil segak dan kemas berpakaian baju melayu putih ketika upacara akad nikah dijalankan. Lihat gambar sekitar perkahwinan Mira Filzah dan Wan Emir




Tahniah diucapkan buat kedua mempelai. Selamat menyelusuri bahtera alam perkahwinan. Semoga kekal ke jannah.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”