Categories: Trending

“Ada Adegan B*g*l Dan Aksi Ranjang? Saya Masih Ada Agama Dan Maruah Diri” – Nadia Brian Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon Di Hollywood

Pelakon seksi, Nadia Brian baru-baru ini dilaporkan menerima tawaran berlakon di salah sebuah produksi Hollywood. Namun, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut diatas sebab-sebab tertentu.

Menurut Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana terdapat beberapa adegan intim termasuklah diminta berbogel dan melakukan adegan ranjang menerusi drama 12 episod itu.

“Saya begitu teruja ketika dimaklumkan mengenai perkara tersebut. Tetapi, saya diberitahu ada adegan bogel dan aksi ranjang bersama hero. Saya tak sanggup gadai maruah diri, keluarga, agama dan negara. Saya orang Islam dan saya orang Melayu, saya kene jaga semua batasan” katanya.

Lagi menyesal kalau…

Tidak menyesal dengan keputusan yang diambil, Nadia menganggap ini bukanlah rezeki beliau.

“Saya akan lebih menyesal jika melakukan perkara yang boleh mencalarkan maruah keluarga, agama dan negara. Saya percaya rezeki Allah amat luas. Saya tumpang bangga artis kelahiran Malaysia seperti Datuk Michelle Yeoh dan Henry Golding berjaya mengukir nama di Hollywood”

“Laluan mereka barangkali agak mudah sebab mereka bukan orang Islam. Bagi saya, mustahil bagi pelakon Melayu untuk melakonkan babak yang keterlaluan,”

Dapat tawaran kerana berpenampilan seksi

Menolak dakwaan sesetengah pihak yang menganggap kononnya tawaran itu diberikan kerana beliau sentiasa berpenampilan seksi, Nadia bagaimanapun menjelaskan bahawa ianya terlalu klise dan agak boring kerana syarikat Hollywood berkenaan mencari pelakon berwajah eksotik dan boleh berlakon.

“Saya tak anggap tawaran berkenaan disebabkan imej. Tentulah, bakat menjadi pengukur. Jika berimej seksi, tetapi tiada bakat belum tentu syarikat produksi antarabangsa memandang kita. Saya tak salahkan syarikat produksi berkenaan meletakkan syarat babak panas kerana ia perkara biasa kepada mereka,”jelasnya.

Ditanya mengenai perkembangan terkini, Nadia bakal menemui peminatnya menerusi drama yang bakal bersiaran di slot Samarinda bermula 17 Februari ini berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri terbitan Tanah Beris Film Production.

Salma Syahbuddin