Categories: FeaturedTrending

Aiman Tino & Sufian Suhaimi Teruk Dipukul?

Nampaknya lakonan penyanyi Aiman Tino & Sufian Suhaimi drama Kampung Kolestrol semakin mendapat perhatian daripada para penonton.

Terbaru, penyanyi dan pelakon, Ziana Zain sempat memuatnaik video penggambaran babak Drama Kampung Kolestrol namun apa yang mencuri tumpuan penonton adalah aksi di mana Aiman Tino & Sufian Suhaimi dipukul oleh Ziana Zain dan Mas Idayu, masing masing membawa watak sebagai ibu mereka.

Malah, Mas Idayu turut mengakui pukulan tersebut bukan sekadar teknik kamera tetapi memang betul betul terjadi.

Menerusi komen dapat dilihat ramai yang bersimpati dengan nasib Aiman Tino dan Sufian Suhaimi. Dah la bertubuh kurus kuat pula kena pukul.

Apapun, jangan lupa saksikan Kampung Kolestrol mulai 20 April di TV9, pada hari Isnin hingga Rabu jam 8:30 malam dan secara eksklusif dan percuma di Viu selepas 1 jam tayangan di TV9.

Kampung Kolestrol mengisahkan
Kak Bib (Ketua Kampung Wanita Pertama) dan madunya, Kak Gee (Penolong Ketua Kampung) yang sentiasa membantu penduduk kampung itu dalam menyelesaikan pelbagai masalah mereka.

Pada bulan Ramadan ini, mereka mempunyai satu misi iaitu untuk menangani masalah kesihatan di kampung tersebut. Mereka menganjurkan satu pertandingan di mana sesiapa yang mampu mengurangkan berat dengan paling banyak di samping mengekalkan gaya hidup yang sihat akan memenangi pertandingan tersebut.

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”