Categories: Kes MahkamahTrending

Akibat Pukul Hingga Cedera Kekasih, Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Didakwa Di Mahkamah

Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang berusia lingkungan 30-an itu tiba di Mahkamh Petaling Jaya atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya di sebuah hotel, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, pemain yang kini aktif dengan pasukan sebuah negeri itu hadir ke mahkamah dengan memakai baju biru dan berseluar jeans serta diringi oleh seorang individu lelaki.

Untuk makluman, pihak polis menahan pemain itu selepas dilaporkan berlaku perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya pada 7 Jun lalu.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila kekasih pemain bola sepak itu mendedahkan bahawa dia dipukul, dicekik, digigit lengan serta dicampak ke lantai oleh teman lelakinya.

Susulan itu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dicekik & Dihempas Ke Lantai, Kekasih Dedah ‘Dibelasah’ Pemain Bola Sepak Tempatan

Artikel Berkaitan: Pemain Bola Sepak ‘Belasah’ Teman Wanita Ditahan Polis

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari