Trending By: Fatin Nurain August 29, 2022 @ 5:19pm

Alami Tekanan Darah Rendah, Tya Arifin Dimasukkan Ke Hospital

Penyanyi dan Usahawan Tya Arifin telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami migrain sepanjang hari, baru-baru ini

Menurut suaminya Asyraf Khalid, isterinya kini berada dalam keadaan yang baik biarpun mengalami tekanan darah rendah.

“Alhamdulillah, keadaan Tya baik. Dia hanya mengalami tekanan darah rendah. Ketika Tya dimasukkan ke hospital doktor melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

“Alhamdulillah, hasilnya semua okay. Tidak ada apa-apa yang serius. Mungkin disebabkan Tya terlalu penat bekerja dan tanpa rehat yang cukup membuatkan tekanan darah rendah.

“Doktor menasihati untuk Tya seimbangkan antara kerja dan rehat selain tidur pun kena cukup. Insya-Allah, semoga semuanya baik-baik saja. Terima kasih kepada semua yang sudah mendoakan keadaan isteri saya,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Asyraf dan Tya dimaklumkan sering berulang-alik ke Jakarta, Indonesia bagi urusan perniagaan sebelum ke Manila, Filipina selama lima hari.

“Kami ke Manila pada minggu lepas selama lima hari. Kami ke sana bersama Matrade dan SME Bank untuk teroka pasaran dan berjumpa dengan prospek pengedar jamu Mutyara di sana.

“Memang mesyuarat ‘back to back meeting’ dan pelbagai lagi aktiviti, dari pagi hingga malam. Dalam keterujaan nak teroka pasaran baru kita mungkin lupa untuk rehat seketika.

“Saya anggap ini sebagai tanda daripada Allah untuk saya menjaga isteri saya dengan lebih baik selain memastikan dia mendapat rehat yang cukup. Tya sangat bekerja keras dan dedikasi dalam perniagaan. Selepas ini, kesihatan harus sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Sebelum ini, Asyraf juga pernah memaklumkan  isterinya mengalami migrain yang lama biarpun telah makan ubat menerusi sebuah perkongsian di Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid)

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Mar 2021

Boleh Naikkan Caruman Perkeso Tetapi Hanya Syer Majikan Untuk Pekerja – MTUC

Cadangan untuk menaikkan kadar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu dibuat terhadap syer majikan sahaja tanpa melibatkan kenaikan kadar kepada pekerja. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata kesatuan itu bersetuju […]

Hiburan Sat, 14 Oct 2023

Pasang Niat Berhenti Berlakon Selepas Kahwin, Wanna Ali Dedah Tak Jadi Nikah?

Jodoh tak berpanjangan.. Semoga dipermudahkan urusan Wanna

Trending Wed, 7 Apr 2021
Featured Sat, 24 Dec 2022

Alif Satar Sertai Ekspedisi Daki Jabal Nur – “Tak Boleh Bayang Macam Mana Dulu Nabi Muhammad SAW Panjat Sendirian”

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar menzahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mendaki gunung bersejarah, Jabal Nur ketika menunaikan ibadah umrah.   View this post on Instagram   A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar) […]

Trending Fri, 29 Jan 2021
Featured Mon, 27 Sep 2021
Trending Fri, 20 Mar 2020