Categories: Trending

Amaran Berjaga-Jaga Akibat Cuaca Buruk, Waspada Di 3 Negeri Ini

Semalam kita telah menyaksikan beberapa kawasan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan dan kawasan lalu lintas juga turut terjejas.

Justeru itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dan Waspada peringkat jingga dan kuning terhadap tiga negeri berikut.

Tiga negeri yang terkesan

Antara negeri tersebut ialah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Selain itu, amaran cuaca buruk tahap jingga dikeluarkan terhadap kawasan- kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih di Kelantan.

Amaran sama turut dikeluarkan kepada tiga daerah di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Sumber : MetMalaysia

Bagi Amaran Cuaca Waspada peringkat kuning pula, daerah yang terlibat ialah Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan.

Kemaman, Terengganu, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang juga diletakkan dalam Amaran Cuaca Waspada peringkat kuning.

Ini kerana, hujan lebat di kawasan pantai timur dijangka akan berterusan.

Untuk maklumat lanjut mengenai keadaan semasa cuaca jangan lupa saksikan Buletin Utama, TV3.

Salma Syahbuddin