Trending By: Padin March 15, 2022 @ 2:29pm

Amaris Mahu Bantu 100 Artis Veteran, Penuhkan 1,000 Peti Ais Sempena Ramadan

Pelakon Putra Amaris menyasarkan untuk memberi bantuan kepada 2,000 orang golongan asnaf dan memerlukan, termasuklah 100 artis veteran pada bulan Ramadan ini.

Bekerjasama dengan Pertubuhan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasar), program Infaq Ramadan #SamaSamaKenyang membantu golongan asnaf dan mereka yang terkesan kerana wabak Covid-19 merupakan kumpulan sasaran yang perlu diberikan perhatian terutamanya dari segi mental dan fizikal.

“Menerusi usaha ini, kami akan pergi terus ke rumah-rumah asnaf dan orang susah dan kami akan menyusun dan memenuhkan peti ais mereka dengan barang basah, pek makanan segera dan sebaginya.

“Selain itu, barangan keperluan asas juga kami akan beri sekali seperti beras, telur dan sebagainya. Kami meletakkan sasaran 2,000 orang yang memerlukan dan ini termasuklah 100 orang artis veteran yang memerlukan bantuan.

“Semenjak saya buat program ini tahun lalu, saya ada menerima mesej langsung (DM) artis yang memohon bantuan, terutamanya artis veteran. Pandemik memang memberikan kesan kepada golongan selebriti, lebih-lebih lagi artis veteran.

“Mereka melalui fasa sukar kerana kurang aktiviti seni sehingga tak mampu nak membayar sewa rumah, membeli barang keperluan rumah dan sebagainya. Dengan adanya kempen #SamaSamaKenyang, diharap ia dapat membantu serba sedikit, lebih-lebih lagi sempena kedatangan bulan Ramadan,” katanya.

Dalam kempen sama, Amaris juga mendedahkan pihaknya mahu memenuhkan 1,000 peti ais mereka yang kurang berkemampuan dengan barangan basah dan barangan asas.

“Kami akan menyusun dan memenuhkan peti ais mereka dengan barang basah, pek makanan segera dan sebagainya. Selain itu, barangan keperluan asas juga kami akan beri sekali seperti beras, telur dan sebagainya.

“Jika peti ais mereka kecil sahaja, kami akan lebihkan barangan kering yang memudahkan mereka memasak. Inilah barang keperluan yang sentiasa ada sebagai bekalan di bulan Ramadan ini.

“Selain itu, kami akan membina Rumah Baru Asnaf. Asnaf yang dipilih ini mempunyai rumah daif di atas tanah sendiri dan akan ditempatkan di hotel sepanjang Ramadan.

“Kami sudah lama pasang niat nak bina rumah baru buat golongan asnaf, penuhkan isi dalam peti ais mereka dan sebagainya. Sebelum ini kami hanya buat sumbangan sedemikian sekitar 100 ke 150 isi rumah sahaja. Untuk sasar target 2,000 kediaman, pastinya perlukan bajet besar.

“Alhamdulillah dengan izin Allah, untuk tahun ini saya bersama Bro Ku tercetus idea juga untuk bina sebuah rumah pula buat golongan sasaran. Saya sebelum ini memang ada hasrat yang sama, cuma belum mampu lagi. Jadi dengan kemudahan yang ada sekarang, kami gabungkan untuk realisasikan pembinaan tersebut.

“Setakat ini, kos untuk menyiapkan sebuah kediaman mencecah RM100,000 hingga RM150,000. Kita rancang untuk menyiapkan rumah berkenaan selama 26 hari, insya-Allah sebelum Syawal rumah tersebut sudah sedia untuk didiami. Perkembangan tersebut akan kami kongsikan dari semasa ke sama menerusi media social.

“Jika ada kontraktor di luar sana yang mahu berkongsi rezeki buat pahala atau mahu tawarkan harga istimewa untuk projek ini, kami sangat alu-alukan. Ramai juga sukarelawan atau dermawan di luar sana yang berniat untuk menderma, cuma mungkin tidak tahu di mana saluran betul untuk memberikan sumbangan. Mudah-mudahan tahun ini bergerak dengan bina sebuah rumah terlebih dulu,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Fazley Yaakob Terkesan Dengan Pemergian Fiza Kamarudin

semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman

Trending Wed, 3 Feb 2021
Featured Wed, 5 Jan 2022

“Apa Wagyu Buat Masak Merah?” – Lelaki Terpegun Lihat Daging Mahal Ikut Selera Melayu, Netizen Komen Jarang Dibuat Orang

Seorang lelaki terkejut apabila pasangannya menggunakan daging wagyu untuk menyediakan hidangan masak merah. Bagi yang tidak tahu, daging wagyu merupakan daging lembu yang berkualiti di mana harganya jauh lebih mahal berbanding harga daging lembu biasa. […]

Trending Mon, 21 May 2018

Rosmah: “A Person is Innocent Until Proven Guilty”

It seems the ex-Prime Minister’s wife wishes to be treated like a normal person.

Featured Thu, 7 Sep 2023

[VIDEO] Wawa Zainal, Aeril Zafrel Disakat Untuk Cium Mulut, Netizen Minta Hormat Orang Single

Alamak, bahaya la aksi ini 🤣 Sabar ya orang singleee 🤪🤭

Trending Wed, 11 Apr 2018

Jangan Terkejut Kalau Terjumpa Pocong Di Pagi Raya!

Fesyen aneh ini telah dikecam netizen, tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai bahan lawak.

Trending Sun, 24 Apr 2022