Hiburan By: Khairil Khusyairi November 23, 2023 @ 5:44pm

“Macam Ada Berita Baik” – Netizen Dakwa Haqiem Rusli Bakal Bergelar Bapa?

Perkongsian penyanyi Haqiem Rusli sekali lagi mejadi perhatian warganet apabila membuat ucapan manis kepada isterinya, Anis Sofea, di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Haqiem atau nama lengkapnya Ridzuan Haqiem Rusli memuat naik sebuah foto dirinya bersama isteri tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Bersama Isteri Sempena Anniversary, Netizen Puji Haqiem Rusli – “Semua Dia Post Gambar Wife Dia Tutup Aurat”

Terbaharu, Haqiem dan Sofea sekali lagi menjadi tumpuan apabila ramai warganet yang mendakwa pasangan ini bakal menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam hidup mereka.

Manakan tidak, rata-rata warganet cukup tertarik dengan kapsyen yang ditulis pelantun lagu Tergantung Sepi itu terhadap isteri tercinta.

Dalam entri tersebut, Haqiem menulis “We love you Sofea” di akhir ucapan manis itu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet seolah-seolah teruja apabila Haqiem menggunakan perkataan ‘We’ tersebut yang seolah-olah terdapat berita gembira dari mereka.

Malah, ada juga yang langsung menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan ini.

“We love you?? Woahh macam ada berita baik,” tulis warganet.

“Menarik ‘We’ tu.. as in family Sofea & Akem (Haqiem) or ada good news ni,” komen seorang warganet.

“We? Congratulations Haqiem,” komen netizen lain.

Untuk info, Haqiem yang bergandingan dengan sepupunya, Ariff Bahran kini sedang berentap di pentas Famili Duo di TV3!

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Nov 2022
Events Wed, 20 Jun 2018
Featured Thu, 22 Dec 2022

Dianggap Playboy, Qi Razali Ambil Masa Rawat Hati – “Tidak Adil Untuk Wanita Itu…”

Bukan senang nak cari pasangan hidup kan.. So, choose wisely!

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Suami Teruk Dikecam Sehingga Dilabel Narsisistik, Ini Respons Fatin Afeefa – “Saya Pilih Dia…”

Hangat isu pengakuan berani mati Opai soal ‘lelaki Alpha’. Haa ini respons Fatin Afeefa 🤪🤪

Hiburan Thu, 30 Sep 2021

Bakal Lahirkan Baby Boy, Elly Mazlein Dah Mula Cuti Bersalin

Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein mendedahkan dirinya bakal menerima kehadiran bayi lelaki. Sudah mula bercuti dan menanti hari untuk melahirkan anak keduanya, wanita yang mesra dengan nama panggilan Kak Lina Pom Pom ini tidak […]