Featured By: Salma Syahbuddin August 11, 2023 @ 2:14pm

[VIDEO] Tunjuk Bakat Terpendam, Beto Kusyairy ‘Belanja’ Lagu Kerispatih… Netizen Komen- “Orang Seluk Poket Bila Nyanyi Suara Memang Power!”

Pelakon versatile, Beto Kusyairy mencuri perhatian apabila sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang bernyanyi tular di TikTok.

Malah, video sama juga turut dimuat naik Beto menerusi Instagram miliknya pada Khamis.

Menerusi perkongsian tersebut, Beto kelihatan tampil berada di atas pentas sempena Wings Gala Night yang berlangsung baru-baru ini.

Kelihatan malu berada di atas pentas , Beto bagaimanapun kelihatan meneruskan nyanyian dari lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Kerispatih berjudul Mengenangmu.

Terkejut dengan bakat terpendam yang ada pada pemenang Aktor Paling Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) ini, rata-rata pengikut Beto berasa teruja melihat  aktor kesayangan mereka tampil dengan gaya selamba menyeluk poket sambil meneruskan nyanyian.

“Saya bukan penyanyi, just being a good sport,” tulisnya.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet memuji suara Beto yang merdu dan boleh menyanyi dengan baik.

Bahkan, terdapat segelintir daripada peminat berharap agar aktor popular ini dapat merakamkan lagu pada masa hadapan kelak.

“Apa je abang tak boleh buat.

“Teringat juga cerita yang Beto berlakon buta jadi pemuzik jalanan, itu pun boleh nampak bakat Beto nyanyi.

“Pergghhh.. jenis kalau nyanyi yang seluk poket ni biasanya memang power!

“Sound like Zainal Abidin dan Judika! Boleh berlakon, boleh bernyanyi. Mantap!

“Sedapnay suara! Ni lah namanya hidden talent,”komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 34,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

香港「最强气势」舞台剧《秘密》3月30日席卷云顶

风靡一时的《溏心风暴》系列核心演员李司棋、米雪、夏雨、阮兆祥携手实力派演员江美仪和刘锡贤于3 月30 日席卷云顶,上演《秘密》舞台喜剧!

Hiburan Mon, 12 Aug 2019

‘Sebenarnya Plan Tahun Ni Nak…’- Anzalna Nasir

Insya-Allah masanya akan tiba…

Trending Wed, 12 Jun 2019

Selepas Azwan Ali, Giliran Ummi Hafilda Komen Video ‘Panas’ Lelaki Mirip Azmin Ali

Sepanjang Ramadan tiap solat aku mengangkat tangan datang lah kebenaran siapakah dua durjana ini yg tidak layak memimpin negara.

Featured Fri, 8 Apr 2022

Gara-Gara Cuai Jalankan Proses Berkhatan, Pemuda Ini Dibayar Ganti Rugi RM3.1 Juta

Plaintif kini alami masalah pendiam & tak suka berkawan

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Eh! Kenapa Anak Marah Diana?

Pelakon, Diana Danielle mengaku pernah dimarahi oleh anak sulungnya, Muhammad gara-gara mengubah imej….

Events Wed, 3 Aug 2022

Kembali Selepas 6 Tahun Sepi, Penganjur Harap Syarat Pencalonan Tak Jadi Sebab AIM 23 Kurang Dapat Sambutan Penggiat Industri

Wowwww! Akhirnya anugerah berprestij ini kembali. Tunggu bulan 9 ya semua!! 🤩🤩

Featured Fri, 26 May 2023
Trending Tue, 16 Jun 2020
Trending Sun, 4 Oct 2020