Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 22, 2024 @ 2:24pm

The Redholah ‘Lamar’ Beto Kusyairy & Wan Hanafi Su

Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) mendedahkan telah ‘melamar’ pelakon popular, Beto Kusyairy untuk projek teater terbaharu persatuan itu tahun ini.

Pengerusi The Redholah, Amirul Haswendy Ashari, 45, berkata pelakon filem Mat Kilau itu telah pun dimaklumkan dengan tawaran itu tetapi belum memberi kata putus.

“Selain Beto, kami juga dalam proses untuk mendapatkan beberapa pelakon hebat lain antaranya Wan Hanafi Su dan Fazlina Ahmad Daud.

“Pemilihan mereka adalah berdasarkan kesesuaian watak-watak penting dalam salah satu dari dua teater yang bakal kami terbitkan tahun ini,” katanya.

Amirul berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa The Redholah yang turut dihadiri rakan artis antaranya Ain Sufia, Zalif Sidek, Taufiq Hanafi, Along Eyzendy dan Razali Hussain di sebuah restoran di ibu kota, baru-baru ini.

Dalam majlis itu, The Redholah mengumumkan bakal mementaskan dua naskah teater yakni Gelanggang Tok Wali dan Dang Anum (The Untold Story), tahun ini.

“Pemilihan Gelanggang Tok Wali adalah sebagai penghormatan kepada penulis asal, Ismail Kassan yang banyak menyumbang kepada kandungan sastera tempatan.

“Malah umum mengetahui Gelanggang Tok Wali adalah subjek Komponen Sastera Tingkatan 4 bagi pelajar menengah aliran sastera seluruh Malaysia,” katanya.

Karya ini sangat dekat dengan generasi sekarang dan mampu menaikkan semangat kenegaraan selain menyemarakkan cintakan seni dan budaya tempatan.

“Bagi Teater Dang Anum (The Untold Story) pula, ia susulan kejayaan pementasan Teater Dang Anum di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur tahun lalu.

“Selepas pementasan tahun lepas, kami mengambil inisiatif melakukan dokumentasi sejarah kisah Dang Anum, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Laksamana Bentan di sekitar Kota Tinggi, Johor,” kata Amirul lagi.

Ketika proses dokumentasi, pihaknya berjaya mencungkil beberapa kisah menarik dari pakar sejarah tempatan tentang kisah legenda Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang hampir dilupakan dan wajar diceritakan kepada masyarakat.

“Ini termasuklah hubungkait waris Laksamana Bentan di kepulauan Riau dan Batam di Indonesia,” katanya turut merancang menjalani proses dokumentasi di dua pulau bersejarah itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Susut 17 KG Demi Comeback, Dazrin Dah Ready Guys!

Lama tak nampak Dazrin berlakon, welcome back!

Trending Fri, 4 Oct 2019

Taking Digital To The Next Level, Huawei Launches 13 Products With Huawei Mobile Services (HMS)

These 13 new coolest and hi tech products from Huawei will blow your mind away!

Events Thu, 31 Jul 2025

KJ ‘The Panther’ Tewaskan Saiful Merican Dalam Bekpes Hot Clash Of Champions

ST Rosyam Mall bertukar menjadi gelanggang penuh aksi apabila Hot FM menganjurkan acara Bekpes Hot Clash Of Champions yang menyaksikan penyampai radio popular, KJ “The Panther”, menewaskan peninju profesional, Saiful “The Vempire” Merican dalam satu […]

Featured Fri, 22 Aug 2025

“Orang Yang Tenang Tak Akan Sibuk Cari Salah Orang Lain”- Anzalna

Bagai memberi teguran halus, perkongsian pelakon jelita, Anzalna Nasir sekali lagi menyorot perhatian.

error: Content is protected !!