Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 31, 2025 @ 12:29pm

KJ ‘The Panther’ Tewaskan Saiful Merican Dalam Bekpes Hot Clash Of Champions

ST Rosyam Mall bertukar menjadi gelanggang penuh aksi apabila Hot FM menganjurkan acara Bekpes Hot Clash Of Champions yang menyaksikan penyampai radio popular, KJ “The Panther”, menewaskan peninju profesional, Saiful “The Vempire” Merican dalam satu pertarungan pameran yang cukup mencuri tumpuan.

Sebagai stesen radio nombor satu di Malaysia, Hot FM sekali lagi membuktikan komitmennya untuk kekal relevan dan sentiasa dekat dengan pendengar bukan sahaja menerusi corong radio tetapi juga melalui penganjuran acara lapangan yang menggabungkan hiburan, sukan tempur dan interaksi langsung bersama peminat.

Acara yang penuh adrenalin ini turut menampilkan beberapa personaliti Hot FM seperti Fara “The Furious”, AG “The Unseen” dan Bidin Al Zaifa yang bertindak sebagai hos rasmi.

Turut mencuri perhatian ialah kehadiran selebriti dan atlet ternama seperti Elizabeth Tan, Adli “The Golden Boy”, dan Saiful Merican sendiri.

Antara aksi menarik termasuklah, perlawanan antaran KJ dan  Saiful Merican. Dengan keputusan akhirnya berpihak kepada KJ.

Selain itu, perlawanan antara AG dan  Adli, Bagiamnapun untuk perlawanan ini keputusan seri selepas pertarungan seimbang.

Dan, wakil bagi peserta wanita adalah penyampai Fara Fauzana menentang Elizabeth Tan menerusi perlawanan ‘hand wrestling’ dengan kemenangan berpihak kepada penyanyi ‘knock knock’ itu (2-1).

Hadiah Umrah & Wang Tunai Jadi Tumpuan

Selain aksi dalam gelanggang, penonton juga disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik dan peluang memenangi hadiah lumayan.

Antara yang menjadi rebutan termasuk:

  • Pakej Umrah tajaan ST Rosyam Mall
  • RM500 wang tunai untuk dua pemenang perlawanan pembukaan Bekpes Hot Clash Of Champions

Acara ini turut memberi peluang kepada peminat untuk bergambar dan bertemu mesra dengan selebriti dan atlet kegemaran mereka.

KJ Realisasikan Impian Dalam Dunia Tinju

Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil berkata, KJ merupakan peminat tinju tegar dan ini adalah antara inisiatif yang dapat dilakukan bagi merealisasikan impiannya.

“KJ memang minat tinju sejak dulu dan ini antara impian beliau yang kami bantu jayakan.

“Walaupun sekadar pertunjukan, kedua-dua mereka ambil serius dan lakukan persiapan rapi.

“Alhamdulillah, persembahan penuh semangat dan menghiburkan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Acara turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya, Nazri Noran (CEO Media Prima Audio), Shah Hayatudin (Pengarah Rangkaian Kumpulan Media Prima Audio), Aw Joo Leng (Group GM Sri Ternak), Muhammad Amir Luqman Rohaidi (Presiden Persatuan Muay Thai Selangor), dan selebriti seperti Datuk Aaron Aziz, DJ Fuzz, dan Ammar Titan.

Hot FM  umum kempen ‘Hot Skuba bersama Gardenia Puazz’

Hot FM turut mengumumkan kempen seterusnya yang bakal mencipta sejarah  selepas misi pendakian ke Gunung Kinabalu dan memasuki gelanggang tinju.

Kali ini Hot FM bakal “menyelam ke dasar laut” menerusi kempen Bekpes Hot Skuba bersama Gardenia Puazz.

Ia bakal menjadikan Hot FM stesen radio pertama di Malaysia bersiaran dari dasar laut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

 

Menepati slogan, Yang Hangat Dan Terbaik, Hot FM memberi fokus kepada interaksi bersama pendengar, terutama mereka berusia 24 hingga 35 tahun melalui susunan muzik yang lebih hangat dan kandungan yang memberikan penceritaan yang dekat di hati pendengar.

Selain bertindak sebagai platform yang memberikan hiburan dan maklumat terkini, Hot FM juga turut menyediakan perisian berbentuk hiburan, infotainment dan acara komuniti yang melibatkan para penyampai terutamanya untuk menyantuni dan menghargai para pendengar, klien dan pihak-pihak yang menyokong Hot FM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 27 Oct 2022

“Manja Tak Kami?” – Berjoget Anak Beranak, Netizen Simpati Nasib Cahaya Mata Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi menjadi perhatian umum apabila aksi berjoget bersama dua orang anaknya iaitu Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyyan tular di media sosial. @aliffsyukriterlajaklarisManjaaa tak kami??♬ No comment […]

Featured Sat, 11 Oct 2025

Trend ‘Sugar On My Tongue’ Fattah Amin & Amira Othman Dikritik, Netizen Anggap Tak Sesuai

Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman menjadi perhatian netizen.

Hiburan Fri, 7 Feb 2025

“Polis Indonesia Tolong Ajar Sikit!” – Michael Ang Berang Ammar Nazhan Buat Content Memalukan Negara

Michael Ang berang Ammar Nazhan buat content paranormal hilang palsu

Featured Tue, 20 Sep 2022

Aaron Aziz Stalk Mesej Anak Perempuan di Instagram

Betul memang kena pantau pun lagi-lagi budak zaman sekarang lagi advance, lagi pandai 👀

Trending Mon, 13 Dec 2021

Primeworks Studios Raih 8 Anugerah Di Festival Filem Malaysia 31 Menerusi Sangkar, Ejen Ali The Movie & Wira

Primeworks Studios mengungguli kemenangan dalam dua genre aksi dan animasi dengan meraih lapan anugerah menerusi filem Sangkar, Ejen Ali The Movie dan Wira di Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM 31) yang bertempat di Dewan Plenari, […]

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Mengaku Tidak ‘Berdarah Indonesia’, Instagram Agnez Monica Diserang Warganet!

Saya akan selalu jujur dan bersaksi kepada dunia…

Featured Thu, 14 Apr 2022

Hariz Danial Tak Sabar Bekerjasama Dengan Komposer Terkenal – “Peluang Terbaik Untuk Penyanyi BBNU”

Wah, menarik tu. Bukan calang-calang penyanyi boleh buat lagu dengan komposer hebat seperti Sharon Paul

Trending Thu, 23 Mar 2023

Elegan & Sopan- Koleksi Terhad 2023 H&M Ni Sesuai Untuk Bulan Ramadan Yang Bakal Tiba!

Perempuan dengan shopping memang tak dapat dipisahkan. Paling tidak sebulan sekali nak juga berbelanja untuk diri sendiri betul tak? Lagi-lagi bila tiba musim berpuasa dan raya. Bila nak ramadan ni, ramai yang tukar wardrobe dan  […]

error: Content is protected !!