Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 9, 2021 @ 9:15am

“Banyak Kali Dia Tanya Saya Ingin Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin & Anak Yatim…”- Ebit Lew Dedah Sifat Prihatin Siti Sarah

Pemergian penyanyi dan usahawan, Siti Sarah begitu memberikan impak buat semua rakan taulan tak kira yang rapat ataupun tidak.

Malah, netizen diluar sana juga tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan beliau sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.

Selepas saudara Nadir Al Nuri tampil mendedahkan sifat baik yang dimiliki oleh Sarah, kini pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) mendedahkan kebaikan yang dimiliki oleh Allahyarhamah.

Dedah UEL, Sarah begitu prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim.

ARTIKEL BERKAITAN : Sumbang Lebih RM13,000 Untuk Korban Di Gaza, Nadir Al-Nuri Dedah Kebaikan Siti Sarah – “Kalau Boleh Saya Nak Diam-Diam Je…”

ARTIKEL BERKAITAN : Siti Sarah Meninggal Dunia

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story milik UEL, Sarah sebelum ini kerap kali bertanya kepadanya mengenai pemberian bantuan.

Ini termasuklah hasrat Sarah untuk membayarkan sewa beberapa kediaman golongan miskin yang pernah diuruskan UEL.

Bukan itu sahaja, Sarah juga ingin membayarkan yuran pengajian anak-anak yatim yang beliau sekolahkan.

“Siti Sarah banyak kali tanya pada sayaingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya pernah uruskan dan anak yatim yang saya sekolahkan,” tulis UEL.

Tambahnya lagi, semestinya pemergian Sarah pada pagi ini membuatkan beliau berasa sedih namun dugaan ini adalah tanda bahawa Allah SWT sayang kepada hamba-Nya.

UEL juga dilihat sempat menitipkan doa buat Shuib dan anak-anak agar disatukan di syurga kekal abadi kelak.

“Ya Allah sedihnya rasa. InsyaAllah @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin dan anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga firdaus”

Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raissuddin, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur pada jam 5.13 pagi tadi.

 

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

ARTIKEL BERKAITAN : “Awak Penat, Tapi Jangan Tidur Lama-Lama Ye Sayang…” – Luahan Shuib Buat Netizen Sebak!

ARTIKEL BERKAITAN : Masih Belum Sedarkan Diri, Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Siti Sarah – “Malam Tadi Oksigen Turun, Sebentar Tadi Ada Peningkatan”

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Oct 2022
Featured Fri, 18 Mar 2022
Featured Wed, 26 Feb 2025
Trending Wed, 31 Mar 2021
Trending Tue, 10 May 2022
Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Trending Mon, 2 Jul 2018

13 Menteri, 23 Timbalan Angkat Sumpah Di Istana Negara

Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

error: Content is protected !!