Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 7, 2021 @ 5:53pm

“Awak Penat, Tapi Jangan Tidur Lama-Lama Ye Sayang…” – Luahan Shuib Buat Netizen Sebak!

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, memuat naik hantaran terkini di akaun instagram miliknya sebentar tadi dan  dilihat seakan-akan meluahkan perasaan beliau buat isteri tercinta, Siti Sarah yang kini masih dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dikomakan akibat kadar oksigen yang tidak stabil pada Jumaat.

Menerusi perkongsiannya itu, Shuib memaklumkan bahawa keadaan bayi yang diberi nama Ayash Affan atas permintaan Sarah itu kini berada dalam keadaan baik dan stabil.

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

ARTIKEL BERKAITAN: “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

“Sayang saya tahu awak dah buat yang terbaik, awak dah lawan sampai anak kita selamat dilahirkan. Ayash Affan pun dah buka mata, kaki dah tendang-tendang, tangan dah gerak. Syukur Alhamdulillah.”

Malah, Shuib juga berharap agar Sarah terus kuat dan bangun dari tidur kerana ahli keluarga dan anak-anak semuanya menunggu kehadiran beliau di rumah.

“Dan sekarang pun saya tahu awak penat dan sedang tidur. Tapi jangan tidur lama-lama ye sayang. Saya, anak-anak dan family semua rindu awak. Semua tunggu awak dekat rumah”

“Jangan tidur lama sangat tau. Kuatkan semangat dan buka mata okay. Saya sayang awak @sitisarahraissuddin. 

“Rindu ini menyakitkan…”

Menurut Shuib, setiap hari tanpa Sarah di sini membuatkan dirinya rindu dan hati menjadi sayu.

“Apabila rindu datang, jadi sakit, memang susah rasa. Di rumah ini saya teringat-ingat dia. Setiap sudut yang dia selalu ada, mesti teringat. Nak kawal sayu, tapi tak boleh.

“Saya selalu bercakap dalam hati dan cakap seorang diri dengan harapan dia dengar,” katanya.

Peminat banjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan iringan doa

Bukan itu sahaja, peminat juga turut membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat, doa yang  berterusan dan ada diantara mereka yang sebak dengan perkongsian Shuib ini.

Bagaimanapun, Shuib juga sempat memohon dan berharap agar semua peminat dan netizen diluar sana terus mendoakan Sarah agar keadaan beliau kembali seperti sediakala.

“Mohon semua terus mendoakan Sarah ya..” tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

ARTIKEL BERKAITAN : Masih Belum Sedarkan Diri, Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Siti Sarah – “Malam Tadi Oksigen Turun, Sebentar Tadi Ada Peningkatan”

ARTIKEL BERKAITAN :“Dia Sudah Ditidurkan” – Tak Stabil & Oksigen Menurun, Peminat Diminta Doakan Siti Sarah & Kandungan

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Trending Sun, 9 Dec 2018

约会对象会让你变胖?研究:对方的长相影响食量

你常常在约会的时候不小心吃太多吗?

Featured Sat, 18 Apr 2026

Kejutan Buat Peminat, Tuah Adzmi Dedah Sebab Gantikan Khai Bahar Di AJL40 SA – “Mula-Mula Dapat Tawaran Tu Saya Menggigil”

Tuah Adzmi tampil membuat kejutan apabila menggantikan penyanyi, Khai Bahar di pentas Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40 SA).

Featured Tue, 19 Nov 2024

Tunku Azizah Kembali Bergelar Mahasiswa UIAM, Netizen Luah Rasa Teruja – “Moga Berjumpa Dimana-Mana Kuliah Nanti”

Tunku Azizah berkongsi mengenai perkara itu ketika hadir pada majlis Konvokesyen Ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diadakan pada 16 November lalu.

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
error: Content is protected !!