Trending By: Padin September 10, 2022 @ 6:04am

Angkat Kisah Benar, Death Railway 415KM Bakal Mula Penggambaran Tahun Depan

Pengarah filem, Surendhar Selvaraju bakal muncul dengan filem Death Railway 415KM yang bakal menjalani penggambaran tahun hadapan.

Selepas 10 tahun membuat kajian daripada kisah benar yang terjadi kepada moyang sendiri, Surendhar mempunyai wawasan untuk mengangkat karya yang mempunyai elemen cintakan negara ini.

“Saya sangat optimis dengan naskhah yang akan bermula pada tahun hadapan. Lebih 80 peratus penceritaan filem ini adalah kisah benar yang terjadi kepada datuk kepada moyang saya dahulu sekitar tahun 1941. Ketika itu, dia berjaya menyelamatkan diri dari Jepun.

“Apa yang diceritakan oleh nenek saya kepada saya sangat tragis dan sedih. Selepas pemergian nenek, saya sendiri buat kajian mengenai kisah ini. Saya juga menggarap jalan cerita dengan bertanya kepada mereka yang masih hidup dan mempunyai pengalaman melalui susah payah ketika zaman penjajahan Jepun.

“Sasaran bajet adalah sebanyak RM3 juta dan ia akan menjalani penggambaran di sekitar kawasan estet getah dan pedalaman. Saya percaya ia akan menyuntik lebih semangat patriotik kepada penonton.

“Dalam pada itu, saya akan menambah aspek-aspek komersial serta pembabitan pelakon lebih lapan orang cameo nanti. Setakat ini, saya bakal menampilkan lakonan Kinjo yang akan melakonkan watak General Yamashita, Beramen (Sumo), Abu Baker (Singh), Maran (Narayanan) dan Vishwa (Murugesan),” katanya.

Bakal menemui penonton pada 2024, filem Death Railway 415KM tidak menggunakan bintang popular untuk menjual naskhah mereka.

“Sejujurnya, saya rasa selesa dengan cara pengarahan saya selama ini dan saya percaya pada karakter dan pembawakan watak pelakon-pelakon pilihan saya.

“Malah, saya sendiri belajar tentang filem daripada semua aspek termasuklah suntingan, kamera dan pelbagai teknik lain untuk mempersiapkan diri sebagai pengarah filem ini sebelum mulakan penggambaran nanti,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Nov 2022

97% Undi Setuju, Puteri Sarah Bakal Bertanding Pada PRU16?

Wah betul ke Sarah bakal jadi wakil rakyat?

Featured Tue, 30 Jan 2024
Featured Thu, 17 Mar 2022
Featured Mon, 17 Oct 2022

“Sah Dah Ni” – Peminat ‘Broken’ Akhyar Rashid Bawa Eyka Farhana Jumpa Keluarga

Alamakkk, sabar semua 😂 Ramai betul gegirls kecewa Eyka jumpa family Akhyar ek 🤭

Trending Sun, 11 Apr 2021

“Kadang-Kadang Orang Lupa… Saya Ni Penyanyi” – Syafinaz Selamat

Figura terkenal dalam bidang vokal, Datuk Syafinaz Selamat mengakui tidak kecewa apabila ada yang sudah lupa dirinya sebagai penyanyi. Memulakan kerjaya pada tahun 1989, Syafinaz mendedahkan ramai generasi muda yang mengenalinya sebagai guru vokal serta […]

Featured Thu, 19 May 2022

“Dia Pernah Susah & Faham.. Rahsia Rezeki Keluarga Tak Pernah Putus” – Hulur Bantuan Kereta Rosak Tepi Jalan, Johan Dipuji Netizen

Johan & Isteri sememangnya pasangan selebriti yang bagus kan.. Mungkin ini rahsia kejayaan Johan