Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 11, 2021 @ 1:49am

“Kadang-Kadang Orang Lupa… Saya Ni Penyanyi” – Syafinaz Selamat

Figura terkenal dalam bidang vokal, Datuk Syafinaz Selamat mengakui tidak kecewa apabila ada yang sudah lupa dirinya sebagai penyanyi.

Memulakan kerjaya pada tahun 1989, Syafinaz mendedahkan ramai generasi muda yang mengenalinya sebagai guru vokal serta juri berbanding penyanyi.

“Setelah hampir 20 tahun tidak muncul dengan lagu atau single solo baharu, saya sendiri sedar, ramai generasi muda tidak mengenali saya sebagai penyanyi.

“Orang dah mula lupa yang saya pernah ada album, lagu dan kerjaya saya dalam bidang seni bermula sebagai seorang penyanyi.

“Ramai orang ingat saya hanya cikgu vokal dan juri di program nyanyian. Sejujurnya, saya tak rasa sedih kerana saya sedar, situasi itu memang berlaku,” katanya.

Syafinaz ditemui pada sidang media pelancaran lagu terbaharunya berjudul Persis Salju di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lagu bergenre balada klasik ciptaan Ku Sham dan liriknya ditulis oleh Zaira ini sudah dirakamkan sejak 10 tahun lalu.

“Sebenarnya, lagu Persis Salju ini sudah 10 tahun tersimpan. Ikutkan saya merancang mengeluarkan lagu ini, tahun lepas tetapi tertangguh dek kerana COVID-19.

“Saya mahukan masa terbaik dan bersesuaian, lagi-lagi bila hampir 20 tahun tak muncul dengan lagu solo terbaharu, mestilah orang mengharapkan yang terbaik.

“Saya nak mempromosikan ia secara menyeluruh. Saya mengaku, kesibukan karier sebagai pensyarah vokal juga menjadi punca saya lama tak keluar dengan buah tangan baru.

“Pada masa yang sama, saya mendedikasikan lagu ini kepada arwah bapa saya. Ini kerana lirik lagu Persis Salju yang menggambarkan kerinduan mendalam terhadap seseorang. Saya berharap lagu ini mengubati kerinduan peminat,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 9 Oct 2019

Mahkamah Riuh, Murai Batu Berkicau

Membawa spesies berkenaan keluar dari Malaysia merupakan satu kesalahan

Featured Thu, 29 Jan 2026

Aktor Popular Berusia 40-an Direman 3 Hari, Bantu Siasatan Kes Dadah

Pelakon lelaki tersebut kini ditahan selama 3 hari sehingga esok.

Featured Sat, 24 May 2025

Ida Rahayu Takut Suara Ejen Ali Hilang, Luah Rasa Teruja Peminat Indonesia Sambut Persis Bintang K-Pop

Ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa bimbang sekiranya suara Ejen Ali hilang.

Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Hiburan Mon, 26 May 2025
Featured Sat, 17 Sep 2022

“Habis Tu Aku Kena Diam Ke C*ba*!” – YouTuber Didakwa ‘Koyak’, Dikecam Gara-Gara Filem Mat Kilau

Opssss! isu baru pulakkk timbul! #MatKilau dah hampiri kutipan RM100 juta dah weii… Udah lerr tu!👀

error: Content is protected !!