Categories: Trending

Hantu Kebaya Merah Kembali?

Nampaknya video penampakan wanita berkebaya merah di sebuah jalan gelap menjadi tular di laman sosial, sejak semalam!

Khabarnya kejadian ini terjadi pada jam 3 pagi di sebuah lokasi di Kedah. Aduh, seram pula bila tengok beberapa kali.

Dengan susuk tubuh  yang ‘menggiurkan’, kami tertanya-tanya adakah susuk wanita itu real ataupun hurmmmm, korang tengok sendiri…

Lebih menghairankan, kelibat itu muncul sebanyak empat kali dalam masa seminit! Apa lagi, ibarat schumacher lah pemandu tu memecut laju. Siapa yang tak cuwak kan? 

Namun ada segelintir pihak mengatakan ia adalah sekadar gimik bagi mempromosi filem seram mengenai pontianak. Mana satu yang betul, kami pun kurang pasti!

Terdahulu, cerita wanita berkebaya merah ini pernah disebut pada tahun 2009 namun di lokasi berbeza. Ada juga yang berpendapat, ia hanya cubaan menakutkan pemandu yang melalui jalan itu.

Nasib baiklah kelibat daripada belakang, kalau depan? Korang rasa apa akan jadi… Jeng Jeng Jeng

SGMS Faida