Anak Restu Dynas Kahwin Lagi!

Pengacara cantik yang juga sahabat baik kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ini bakal mendirikan rumahtangga bersama pasangannya, Shazrik Din, 36 pada 21 April nanti.

Walaupun ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Dynas, namun dia berasa bersyukur apabila anak-anaknya iaitu Khyra khalyssa, 8 dan Mohamed Haqaish, 6 turut memberikan restu.

“Mereka begitu teruja apabila mendapat tahu saya dan Shazrik akanm endirikan rumahtangga. Melihat senyuman di wajah mereka, saya yakin Shazrik pilihan yang tepat untuk memimpin keluarga kecil kami nanti.” Katanya

Walaupun kurang sebulan sahaja lagi pasangan ini akan disatukan, Dynas turut mengakui dirinya itu berasa gementar terutamanya bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar. 

“Jika ditanya mengenai perasaan, pastinya keterujaan lebih dirasai bakal suami memandangkan ini adalah pengalaman pertama beliau mendirikan rumahtangga. Namun secara peribadi saya tetap berdebar. Bagikan tidak percaya semua ini akan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Mungkin kerana sebelum ini, saya tidak begitu serius memikirkan perancangan untuk menamatkan zaman solo. Alhamdulillah, jodoh kami kuat.” Katanya

 

Mengakui segala persiapan perkahwinan telahpun selesai, Dynas memberitahu tidak menetapkan apa-apa tema untuk majlis perkahwinan beliau nanti. 

Apapun, kami di xtra.com.my mengucapkan tahniah buat Dynas dan juga Shazrik!

Salma Syahbuddin